Tetamu Diraja (:

PETUA ORANG DULU-DULU



Hari nie beta tak tau nak cite ape kat korang...so beta nak kongsi petua la ngan korang... berguna jugak petua nih...sape2 yg ade mslh jerawat, resedung, bau mulut.. boleh la klu korang nak follow tips2 nih..bgus jgk petua nih..beta pon penah cuba...! ^_^




ELAK MUKA ADA JERAWAT


Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat. 


1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.



2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.


HILANGKAN PARUT KAT MUKA

Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

CERAHKAN KULIT MUKA

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.



Kulit Cerah dan Licin

  • Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.



Menegangkan Kulit Muka


  • Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

HILANGKAN JERAWAT KAT MUKA

GUNA ASAM GELUGUR
Rendam beberapa keping asam gelugur (dikenali juga sebagai asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.

GUNA KULIT KAYU MANIS
Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Jadikan masker sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.

PETUA MERAHKAN PIPI

Jangan buang terus hampas teh yang telah digunakan. Sapukan hampas teh tersebut ke muka terutama pada bahagian pipi. Biarkan lima minit dan kemudian bilas. Amalkan selalu. Pipi anda akan merah tanpa memakai ‘blusher’.



  GIGI PUTIH ,KUAT, DAN MULUT TAK BERBAU


Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.



Amalakan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.


TEGANGKAN PERUT MENGELEBER

Ramai di kalangan kita terutama kaum wanita mengalami masalah kulit dibahagian perut berkedut atau mengeleber. Untuk mengatasi atau mengelak berlskunys masalah ini, ambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengeleber pada perut setiap hari ketika masuk tidur. Lihatlah perubahan pada perut anda dalam masa dua minggu.

HILANGKAN BAU BADAN


Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.


- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa

Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras

Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas

Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.

atau

Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda

Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda

Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan

Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan

Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.

hope smua tips-tips diatas dapat membantu  korang jadi tambah berseri-seri... ^_^

SELAMAT MENCUBA ;)