Tetamu Diraja (:

Salam Maulidur Rasul 1432 Hijrah... ;)






Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
 Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. 
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.
 Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai
. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bersempena dengan sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi....



Dia Paling Comel ;D




Syifa Alisya....tu la name anak sedara aku yang paling kecik....
umur dia 2 tahun..
dia nie satu-satunya cucu perempuan yang ada dalam keluarga Pak Baser....
macam-macam telatah dia buat...
sampai aku dah tak larat nak melayan....
hah...nie ade satu klip vedio yang aku nak kongsikan dengan korang....
aku terasa dia comel sangat malam tu...
so..dengan sepantas kilatnye aku pon rakamlah aksi cute dia tu...
aku pon tak paham...apasallah  si Alisya nie asyik senyum jekk malam tu....
tapi..malam tu memang syok giler la...dok melayan karenah dia...
aku nie memang suka budak-budak.....
tapi bila deorang nangis tu la yang tak tahan....heheehe
pepepon...jommm kita tengok klip nie dulu.....
okaih...hope korang enjoy... =D
kalau tak suka..toksah layan...
just untuk menghiburkan hati je.....selamat menonton la ye... (=


















Senyum Slalu Hati Jadi Rindu... (=





Saya, Dia , Kami , Mereka...





HARI YANG INDAH & CERIA.... (^_^)


HARI PERTUNANGAN KAKAK 

SELAMAT  BERTUNANG KEPADA:
CIK NOORHAYANTI
&
ENCIK ABDUL RAHMAN




kami pon nak bergambar jugak...






1...2...3....senyum....(^_^)








BILIK TUNANG








HANTARAN



SEBELAH LELAKI




SEBELAH PEREMPUAN....
cantikkan....hantaran nie dibuat oleh Pn.Maria and Pn. Zaleha...
kak long  nak kakak ipar aku la tu...
depa memang kreatif bab-bab macam ni...





Ya ustazah Siti Aisyah....hehehe
nie adik aku yang paling bongsu...
dia ni baru je masuk sekolah agama...
nie yang paling manja....




keadaan rumah aku sebelum para tetamu datang...
amboih siap buat peace lagi anak sedara aku yang sorang ni...





keluarga Encik subian.....abang ngah aku la ni...
semua comei2....
coz bapak dia terlebih comei...kikiki



pilih..pilih...yang mana satu nak...?
dari kiri.. cik aini, tengah cik yana kanan cik farah...cik leeya?
tengah snap pic la...






keluarga Pn. Maria....
yang pakai baju kuning tu...my brother in law la...
keluarga yang happening......yeah!! ^_^








mereka memang cantek.....
ehh...jagan kembang pulak...
mak la yang paling cantek kat situ okey...jantung hatiku....



mereka memang gila kamera... (;
mane je aku pegi...mesti ada 2 orang nih..
si afiq and irfan....
anak sedara aku yang sangatlah nakal...ayoyo....



 Pn. Maria...still anggun dengan gaya nye yang tersendiri....
tak boleh puji lebih-lebih..
nanti dia baca blog aku..
mau kembang dia..aku puji...





mereka kawan baek....! (;





si kembar yang tak serupa muka....
kalau orang cakap depa kembar mesti tak percayakan...
yela...muka depa tak sama.... sorang dah tunang..sorang lagi bilakah...???





wahhh.... abang cik sungguh rajin dihari pertunangan adiknya....
dia sendiri pon blum tunang...tak kawen lagi la..
so sape-sape yang berminat boleh la aku rekemenkan...hehe



bersemangat makcik-makcik nih memotong bawang...
aku nak tolong..
tapi aku dah ada tugas...snap pic la...hehehe


mesyuarat...




Juru Foto : Cik Leeya... ^^


DULU TAK TAHU, SEKARANG TAHU...












1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa 
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera. 

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun seorang yang berani dan diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet ataupun besi berani 

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila 
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi. 

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku. 

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer 
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita 
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.