Tetamu Diraja (:

MACAM-MACAM...




hushhh...penat la... -____-"
penat la.....
aku paling tak suka time cuti....
semua kerja rumah aku kena buat....
kalau tak caya tengok senarai kerja rumah yang aku kena buat...

1) sidai kain
2) kemas dapur
3) sapu ruang tamu yg besar tu...urghh..
4) ruang dalam pon kena kemas...
5) lima buah bilik aku kena sapu n kemas....hurmm..
6) basuh pinggan wajib
7) masak pasti kena punye....

kalau rumah kecik bole tahan lagi....
nie rumah aku besar la.... aku penat...penat...penat...!
mintak tolong dengan adik pun tak boleh diharap...
dia buat tak cuci..... haishhh ... -__-''
nasib baik aku nie penyabar....
kalau tak....tak tahu la apa nak jadi....
hurmm...lagi pon akukan KAKAK....
so...aku kena tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik aku...
waktu petang pulak...baru aku mula BELAJAR...

aku buat semua nie pun...sebab aku kesian kat mak aku....
asyik mak aku je buat kerja rumah.....
dah tak larat dah mak aku buat semua tu...
so aku kasi ruang untuk mak aku...
selalunya pagi-pagi mak aku dah ada kat luar rumah dah....
dok tengok pokok-pokok dia tanam la...
mak aku nie sangat gemar tanam pokok-pokok.....
sebab tu la kat kawasan rumah aku dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok....
mak aku paling minat tanam pokok bunga ....
sampai kat depan rumah tu penuh dengan bunga-bunga CINTA nya....hehe..



pemandangan kat tepi rumah aku...




kat depan rumah...jalan nak masuk ke rumah aku la nie...
pokok-pokok nie smua mak aku tanam...



 pokok rambutan yang bagi aku unik akarnye....cantek...ni kat depan rumah aku....
tapi pokok nie dah kene tebang la...coz tak larat nak sapu daun nya luruh tiap-tiap hari...
menyemak kawasan rumah...



cabai burung...


lagi satu... pokok cabai burung...
memang penuh satu kawasan rumah aku....
yela...family aku semua suka makan pedas-pedas.....
tambah-tambah aku...memang minat dengan benda-benda pedas nih....
kalau makan tu...mesti kena ada sambal belacan....heheh
dah macam orang tua pulakkan....nak buat macam mana...hakikat....





hurmmm...aku pelik la....
kenapa kalau anak dara sekarang pakai kain batik...orang tengok semacam hah...!
sebagai contoh..aku la....
aku nie penggemar kain batik...
kalau duduk rumah..aku lebih suka pakai kain batik daripada pakai seluar....
nampak sopan sikit....
semalam, aku pergi melawat ke rumah baru dengan mak aku...
dekat je...tak sampai 1 kilometer...
so macam biasa...aku pakai kain batik la pergi sana...
sampai je kat situ...semua orang tengok ....
yang tak boleh tahan...dah la tengok orang macam nak makan...pastu..senyum-senyum plak tu... ayoyo...
 -___-"
so...aku pon belek-belek la kain batik yang aku pakai...kot ade yang terselak ke..terkoyak ke...mana la tahu...tapi takde pulak...okaih je...hurmm... mybe depa SAKIT kot...lantak la...
selepas beberapa jam berada disitu....
adik aku pon datang...
dia nampak je aku..terus dia cakap....fuyooo...KAIN BATIK....
nie lagi satu...macam tak pernah tengok orang pakai kain batik....
jadi aku tanya la dia...apa masalahnye dengan kain batik ni....
adik aku pon cakap....
"KAU NAMPAK CANTEK BILA PAKAI KAIN BATIK...."
hahahaha....
Tak tahan aku bila dia cakap macam tu.....aku pun TERGELAK..
macam orang kena RASUK..
yela sebelum nie aku pakai kain batik kat rumah..takde pulak dia nak puji....
 time tu jugak dia nak puji aku....
aku pun, tersipu-sipu malu la sikit...
patut la aku sampai tadi orang tengok aku...
aku tak perasan pulak aku cantek...hahaha... CANTIK KER???? oww perasan je kau nie.....
orang  chubby macam aku nie...mana la ada orang nak pandang.....hehe...(wah.. merendah diri pulak aku...)
sorry kalau entry kali nie ada unsur-unsur macam puji diri sendiri..."angkat bakul sendiri la katakan"
hehe....actually....aku sempoi je....takde la cantek sangat....takde la buruk sangat...
so aku di kategori tengah-tengah.....yuhuuu...
 okaih..sampai sini je aku nak potpet DAN melalut  ngan korang...
nanti..makin aku cerita....makin melalut-lalutlah ke lain pulak....
Okaih.....! (;





KAU DIHATIKU.... (=


HALO...HALO....
hari nie terasa best sangat....! ^_^
markah BM1 saya 73..so A- la aku dapat....aku tau, bagi korang markah macam nih small matter je boleh dapat...kan..kan... bagi aku pulak...nie la markah BM1 yang paling tinggi aku penah dapat...sooo SAD!
aku tahu aku nie tak la hebat  macam kawan-kawan aku yang lain....
budak-budak dalam kelas aku semuanya pandai-pandai....
kadang-kadang aku pun rasa takut duduk kelas tu....
tapi aku still boleh bertahan...aku pegang kata-kata kak fatimah Hanim (pelajar cemerlang STPM 2010)
" SIAPA BERUSAHA DIA BERJAYA"
apa-apa pun aku bersyukur Alhamdulillah...

hope lepas nie markah aku akan terus naik....
aku dah tak mau markah rendah !
bila markah rendah....terasa SANGAT MALU dengan KAWAN LAIN....
so mulai sekarang aku kena la STRUGGLE.....!

aku TERCABAR bila ada kawan-kawan aku dapat markah TINGGI...
Lepas tu mula la aku mengatur strategi nak LAWAN mereka balik....( lawan markah la....)
 perlawanan secara sihat..okaih ! (=

lagi satu...aku best sangat hari nie...
coz aku dapat tahu something daripada seseorang.... ^_^
tapi aku tak boleh bagi tau la benda apa...
disebabkan dia....
hati aku jadi lebih tenteram dan BERSEMANGAT nak BELAJAR!
dan dalam perbualan aku dengan dia tadi timbul satu persoalan yang tak dapat dijawap....
kenapa...???
kenapa...??
kenapa...??
urghhh......oh my god!
ape yang aku fikir nie....
sorry..sorry.... mungkin kalau dia tahu...mesti dia anggap aku nie macam-macamkan.....hurmmmm...
lantak la....

STUDY ! STUDY ! STUDY ! STUDY !
(^_^)



CERITA HANTU tamat disini...hahaha
mesti korang tak fahamkan BEST yang ke-2 aku tu....
 Abaikan SAHAJA... (=



OH CANDIRU...


Candiru, Ikan Paling Berbahaya Melebihi Piranha !





Asyik dok sedang leka mencari perkataan piranha...aku terlihat artikal tentang seekor ikan yang diberi nama Candiru...Bahaya betul ikan nih....pasnie aku rase...dah takmau mandi kat pantai...TAKOT..! jom aku bawak korang mengenali spesis ikan yang berbahaya nie.....

Candiru atau disebut juga canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini dapat ditemukan di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini memiliki reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk lokal, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya dapat berkembang sampai seukuran 1 sampai 2 inci dan lebar 4 sampai 6 milimeter, memiliki bentuk seperti seekor belut dan hampir transparan, membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang cepat, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.










Terdapat 3 spesies candiru: candiru berukuran jari dan candiru berukuran tusuk gigi yang biasanya makan dengan caramemasuki ikan yang lebih besar, candiru paus(whale candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati



Ikan candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah simpel dan kejam: untuk menemukan ikan, ikan candiru pertama mengecap air, berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan langsung menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehingga ikan candiru disebut sebagai ikan vampir dari Brazil. 





Ikan ini ditakuti karena ia tertarik pada air seni atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah anus atau vagina, atau bahkan bila ikannya kecil ke lubang penis – dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan candirú sangat sulit diambil kembali kecuali lewat operasi. Karena ikan ini menemukan mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan candirú masuk keurethra manusia.



Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan pengobatan tradisional, dengan air dari dua tanaman : Xagua dan apel Buitach yang dimasukkan ke daerah yang terkena. kedua tanaman ini akan melarutkan ikan tersebut. Dapat juga memalui operasi, tetapi operasi membutuhkan biaya dan waktu.Lebih sering, infeksi menyebabkan shock dan kematian korban sebelum candiru dapat diambil.

PETUA HILANGKAN BAU BADAN



Bau badan yang tidak menyenangkan amat memalukan. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:


- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.
atau
Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.



- Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.