Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu, kerana di suatu masa aku pasti akn pergi dan ini akan membuatkan mu kecewa dan bersedih. Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T pasti akan memberi manfaat besar kepadamu, kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu, dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih.
THE SAD DAY )''=
melangkah tanpa arah dengan gerak kaki penuh longlai....
emmmm....kemana semangatku pergi???
hari ini adalah hari yang paling sedih buat aku...
aku malu dengan kawan-kawan aku...
hari ini kami dapat keputusan MUET,...
dan result aku menghampakan...aku hanya dapat band 2....
padahal dah masuk 2 kali aku ambik exam MUET....
kali pertama pon sama jugak... dapat band 2...
bertungkus-lumus aku buat latihan....tapi still dapat band 2.....
rasa macam nak menjerit-jerit dan menangis-nangis je....Why???Why???
macam-macam bala datang menimpa aku.....lepas satu...satu....
nak aku menangis namun air mata aku dah kering...hati yang kecil ini menjadi tempat menyimpan sejuta penghampaan....
mybe time ujian bertulis hari tu aku demam....
aku tak tau la...aku stress sangat....
aku betul-betul target yang aku akan dapat band 3 exam nih...
tengok-tengok tanggapan aku meleset....aku TERUK..! -_____-"
harap je dok belatih cakap BI dekat perhimpunan pagi-pagi ...tapi result HAMBEK KAU!
aku malu...aku dah tak nak cakap kat perhimpunan lagi...nanti semua orang kutuk aku...
"bajet je cakap macam mat salleh! tapi MUET hampehhhhh"
aku malu.....
rasa macam nak bunuh diri jer...
kawan-kawan aku yang ambik baru first time pon boleh dapat band 3...
aku bangga dengan dorang!
aku bangga dengan dorang!
yang aku nih..dah ambik sampai 2 kali masih tak dapat band 3...
aku tau..semua tu takdir....semua orang ada rezeki masing-masing.....
kadang-kadang kita berada di atas....kadang-kadang kita berada di bawah....macam roda!
ape-pon nak buat macam manakan....result pon dah keluar....aku kena redha..!
mungkin itu satu pengajaran buat aku.....supaya tidak terlalu leka...
"Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hamba-mu ini untuk lebih bersemangat menghadapi hari-hari yang mendatang, limpahkanlah kurniaan rahmatmu kepadaku,agar kuat untuk aku menempuhi jalan-jalan yang penuh liku di muka bumi ini....."
"LIYA BERUSAHALAH DENGAN LEBIH GIGIH !
JANGAN LEKA DENGAN MAINAN DUNIA!
GAGAL SEKARANG,BUKAN BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA!
BERUSAHALAH DARI SEKARANG!
JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI!
TARGET STPM!
PERASAAN YANG MELAMPAU.
SAYA BORING LAH!!!
KE'BORING'AN saya semakin melampau-lampau!
adushh...booooosaaaannnnnnyeeeeee!!!!!
cuti 2 minggu nie aku tak pergi jalan mana-mana pon....
tersangat lah cemburu dengan kawan-kawan yang dapat pergi melancong merata tempat..
aku pulak dok terperuk kat dalam rumah...sampai lah cuti sekolah tamat.....
-__________-"" haishhhhh......
ade sape-sape nak ajak aku pergi jalan-jalan tak......???
aku boring gilaaaa dah nie....
aku mintak izin mak aku pergi jalan-jalan kat lumut...mak aku tak bagi....
so dok rumah la aku.....
hari nie mak aku janji nak bawak aku pergi berubat abang aku kat tanjung malim...
tapi still tak dapat ikut gak....coz semua adik-adik aku nak ikut skali la pulak...so nnt kereta tak muat la..
jadi aku kena tinggal....bye..bye...!! adushhh....
so aktiviti aku kat rumah adalah tidor,internet,tngok tv,makan,pusing keliling rumah tengok pokok......
-_______-"
tersangat lah bosan yerrrr!!
tahun depan kalau ada rezeki....
nak je aku ajak mak dan ayah aku melancong luar negara....hahaha!
pergi korea ker...peranchis ker....london...australia...jepun....
dan tempat yang paling aku nak pergi sangat-sangat mekah!
pastu melawat kat mesir.....hehehe.....berangan jerr aku kannn...emmmm...
berangan pon jadilah.....ape boleh buat....
lagi satu...dalam dok rumah tu...aku bukan goyang kaki je......
nak horehorehore pon susahhhh...
cikgu aku bagi latihan belambak-lambak....nota PP1 habeh semua bab kena buat...
merana tangan aku keletihan.......fuhhh.....
emmm.....time cuti macam nie jugak aku gunakan untuk muhasabah diri...
yelakan.....untuk menyedarkan diri nie balik...ape yang aku dah buat sepanjang aku hidup nie...
kemana masa aku habis.....
ape amalan aku....
dosa ape yang dah aku buat....
semua tu aku fikir balik......
kadang-kadang ade samapai aku menangis sorang-sorang dalam bilik......
tak tau la pae nak jadi dengan aku nie.....
semakin aku menghitung hari..
semakin aku jadi takut...
yela...hidup kita kat bumi nie tak kekal selamanya.....
jadi banyak kelemahan dalam diri yang perlu kita perbaiki untuk hari akhirat kelak...
jadi kita perlu sentiasa beringat dengan kehidupan kita pada masa sekarang.....
Astaghfirullahalazim......
Ya Allah Ampuni Dosa-dosa Hamba Mu ini.....
dalam cuti nie jugak...
banyak betul orang buat kenduri.....
kenduri kawin, kenduri arwah, kenduri cukur Jambul,
ranking yang paling banyak...kenduri kawin la...
ramai betul orang yang nak kawin kat kampung aku nie....
biase la...jodoh dah sampai la katakan...kan..kan... (=
haishhh...tension la dok umah..
aku nie jenis yang tak berapa minat nak pergi kenduri....
tak tau la kenapa......nak cakap malas...aku memang pemalas! hehe...
nak cakap panas....cuaca memang panas melampau sekarang nie....
mybe sebab faktor-faktor tersebut kot...hurmmmm.....teruk...teruk....
MENCINTAI DIA DALAM DIAM.....
“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
.
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?
~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
.
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Subscribe to:
Posts (Atom)