Tetamu Diraja (:

CORETAN DARI HATI LIYA


Assalamualikum kepada semua pembaca. sudah terlalu lama liya tak menulis..rindunye,,
liya memohon maaf kerana liya terlalu sibuk dengan imtihan , Alhamdulillah sekarang liya dah selesai imtihan, so now i have many time to update my blog lah,, :) hope semua  dapat memberi tunjuk ajar kepada liya,

disepanjang kesepian ini, terlalu banyak pengalaman yang liya lalui,
sebenarnya, kita hidup di dunia ini adalah untuk mencapai matlamat hidup,
kepercayaan yang dipegang oleh kita membawa kita dalam mencapai matlamat hidup,
seperti agama islam, kita sebagai umat islam perlu mencapi matlamat hidup kita berlandaskan Al-quran dan sunnah Rasullullah s.a.w

dalam mencari pengertian hidup didunia ini,
liya belajar bayak benda, apakah erti pengorbanan, kasih sayang,kekuatan,persahabatan,kejujuran,percintaan dan belas kasihan. semua sifat-sifat ini perlu ada pada jiwa kita,tanpa ia hilanglah kemanusiaan pada diri.
pengorbanan mengajar liya erti untuk sentiasa bersyukur dan memberi kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan, hidup ini perlukan pengorbanan supaya diri kita dan insan lain mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t  . pengorbanan jiwa, masa,tenaga,dan harta satu bentuk pengorbanan yang harus kita lakukan dalam mencapai keberkatan dan keredhaan Allah.Usahlah kita memandang pengorbanan itu sebagai satu perkara yang remeh, kerana pengorbananlah yang mengajar kita erti kekuatan dan menguji kesabaran hati.insya Allah setiap hamba Allah yang bersabar akan sentiasa mendapat pertunjuk dan kesenangan dalam menghadapi pelbagai ujian di dunia ini,

Persahabatan pula,mengajar liya erti keikhlasan dan kejujuran dalam ikatan ukhwah yang terbina, kita perlu bijak dalam memilih sahabat, jika tersalah pilih,diri kita juga akan merana. jadi bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh dan solehah,supaya diri kita tidak terjerumus kelembah maksiat.sentiasa mengingatkan diri kita bahawa keikhlasan dalam persahabatan membawa kepada satu ikatan ukhuwah yang kuat dan sukar untuk dipisahkan.inagtlah sahabat,bahawa apabila kita memilih sahabat yang beriman, dia akan membawa kita kejalan menuju Allah !

Percintaan, setiap insan dikurniakan perasaan cinta di dalam hati mereka,Cinta kepada Allah,Cinta kepada Rasulullah, Cinta kepada Ibubapa, Cinta Kepada keluarga, Cinta kepada sahabat,Cinta kepada diri sendiri dan Cinta kepada kekasih. begitulah dengan liya,liya juga mempunyai perasaan cinta, apabila umur telah meningkat dewasa, bermulalah kembara dalam mencari cinta yang akan membawa kepada teman hidup sepanjang hayat.umur liya sekarang telah menjangkau kepada 20 tahun.tidak kisahlah jika ada di antara mereka-mereka yang berada diantara umur macam liya telah pun berkahwin.orang cakap kawin muda la katakan. tidak mengapa, kerana jika kita lihat pejuang-pejuang islam di zaman rasulullah juga dahulu berkahwin diwaktu usia mereka masih muda. berkahwin muda ini amat baik,kerana ia dapat mengelakkan kita daripada melakukan maksiat kepada Allah.Jadi bagi sesiapa yang berniat untuk berkahwin di usia muda, mereka perlu persiapkan diri dengan kekutan mental dan fizikal serta ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk di ajar kepada anak-anak mereka yang bakal lahir kelak.supaya keluarga yang bakal terbina kelak adalah keluarga yang sakinah ,mawardah dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.


sepanjang waktu cuti sebelum liya mendapat keputusan peperiksaan STPM,
liya duduk di rumah sahaja, adakalanya liya berasa rimas dan sunyi kerana tidak dapat keluar berjalan seperti kawan-kawan liya yang lain. ada yang merantau ke kuala lumpur, klang, kedah,pulau pinang dan merata lagi.
liya pulak hanya duduk di rumah,kadang-kadang berasa bosan pon ade, liya ade mintak kebenaran daripada ibu liya untuk pergi ke Johor Bahru, rumah abang liya ada disana. tetapi ibu liya tidak membenarkan liya pergi,  pada mulanya liya melawan untuk pergi jugak.dek kerana hasutan syaitan yang menyuruh liya melawan cakap ibu liya. tetapi Alhamdulillah, hasutan syaitan itu tidak berjaya, Liya akur dengan keputusan ibu.
adakalanya liya terlihat wajah keletihan dan tidak berdaya yang ditanggung ibu. Liya sedih.kenapa liya sering melawan cakap ibu liya. ibu...liya akan sentiasa berada disisi ibu disaat ibu memerlukan liya, nanti kalau ibu sakit, tak ada sapa jaga ibu, tak ada sapa membantu ibu membuat kerja rumah.  aku terlihat wajah sedih ibu apabila aku mengambil keputusan untuk ke johor, liya mengambil keputusan untuk terus menjaga ibu sehingga tawaran masuk ke universiti liya terima. Liya tak akan meninggalkan ibu.liya sayang ibu.liya berasa kasihan melihat ibu kesorangan tanpa sokongan.Liya selalu sakitkan hati ibu.liya minta maaf ibu. Ibu..dari situ Liya telah kenal erti belas kasihan dan kasih sayang..andai kita mengasihi dan mencintai seseorang itu, janganlah kita biarkan dia terkapai-kapai didalam kesusahan, bantulah dia semampu mana yang kita boleh, ingatlah cinta mengajar kita erti pengorbanan. Cinta kepada ibubapa mendapat Keredhaan daripada Allah,,kerdhaan ibubapa adalah keredhaan daripada Allah jua.


Alhamdulillah, liya berasa puas kerana dapat meluahkan segala-galanya yang terpendam dihati liya. Liya harap sahabat-sahabat lain dapat menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat. semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan selamanya. Amin. =)

Cinta Zero And O





cukup mencintaimu dalam diam

mengenangmu dalam doaku

kenangan kita ku sisipkan erat di jiwa

bahagiamu bahagiaku jua

melihatmu bersama si dia

ku tersenyum penuh makna

doaku sentiasa moga kau dan dia berbahagia

mungkin cinta ini bukan milik kita

akanku simpan rahsia cinta kita

sampaiku menutup mata.



Mustafa Kamal Ataturk- Mayatnya Tidak Diterima Bumi

Asslammualaikum wbt..
Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggalkan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk.Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jamdan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953).Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

semanis kata




Muslimah Shalihah Itu Anugerah Terindah Dunia Ia Lembut Tapi Tidak Lemah.... Mempesona Tapi Bersahaja Ia Tahu Bagaimana Menjaga Izzah Dirinya Ia Mengerti Bagaimana Menjaga Akhlaq Dan Kemuliaannya.... ...Itulah Yang Membuatnya Istimewa Dibanding Wanita Lainnya.... Ilmunya Telah Mengangkatnya Menjadi Permata Terindah Didunia Tetap Semangat & Istiqomah ....