Tetamu Diraja (:

HANYA KERANA SEBIJI KURMA



"Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.

Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT, "kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.

kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan

pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,

"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."

Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara

makan sebutir kurma milik orang lain."

"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.

Sekarang ia sudah bebas."

Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu... "

Amalan-Amalan Dalam Islam

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh.. 
disini saye nak berkongsi amalan-amalan dalam kehidupan seharian kita mengikut amalan-amalan dalam islam, insyaAllah dengan penuh kesabaran dan keyakinan kita semua boleh melakukannya, "akal yang sihat daripada badan yang sihat " :)




"Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit(yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman."

                                                                        (Surah Yunus',57)


LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN
YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN.


1)Mandi setelah makan.
2)Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
3)Berada dalam keadaan terl alu lapar.
4)malam selain dari qiamullail.
5)Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1)Memakan daging.
2)Selalu menghidu bau-bauan yang sedap
3)Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4)Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5)Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6)Memakan makanan yang agak manis.
FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1)Bercakap banyak.
2)Tidur banyak.
3)Makan banyak.
FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1)Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
2)Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
3)Banyak memakan makanan yang serba masam.
SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1)Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk (masak).
2)Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.
BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1)Tinggalkan dari bercakap kosong.
2)Sentiasa bersugi.
3)Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.
MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, 
MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ianya tidak racun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat, jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN
DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1)Melihat pekara-pekara yang haram.
2)Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
3)Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
4)Tidak membaca Al-Quran.
5)Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
6)Mengumpat dan mengata.
7)Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
8)Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
9)Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
10)Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1)Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati.
2)Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3)Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH - BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT:
1)Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2)Selepas makan atau sebelumnya.
3)Ketika sedang makan.
4)Selepas memakan buah-buahan.
5)Selepas keluar dari bilik mandi.
6)Ketika terjaga dari tidur.
CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1)Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.

2)Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.

3)Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.

4)Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas,
supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1)Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2)Selepas masuk waktu Asar.
3)Tidur di bawah cahaya matahari walaupun t erkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI
Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:

1)Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2)Merosakkan warna kulit.
3)Melemahkan jantung.
4)Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5)Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6)Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1)Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2)Hindarkan dari tidur lewat malam.
3)Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4)Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5)Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6)Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1)Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
2)Banyak minum air di waktu pagi.
3)Banyak memakan atau meminum yang serba masam.


SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1)Merokok yang berterusan.
2)Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3)Kurang tidur.
4)Sentiasa mandi di tengah malam.
5)Melakukan kerja secara berterusan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA  PENGLIHATAN

1)Melihat kepada benda-benda kotor.
2)Melihat kepada palang/salib.
3)Duduk dengan membelakangkan kiblat.
4)Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
5)Banyak menangis.





RAHIMAH ISTERI NABI AYYUB A.S





Assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu,,

Saya begitu tertarik untuk menceritakan kisah isteri Nabi Ayyub a.s yang memiliki jiwa dan semangat yang kental. Sifat sebegini seharusnya diikuti oleh wanita-wanita zaman kini, supaya kita sama-sama dapat menjadi sorang wanita yang solehah dan dikasihi Allah s.w.t.
Rahimah,iaitu seorang wanita teladan yang sangat taat kepada suaminya iaitu Nabi Ayyub a.s. Dia sangat sabar walaupun ketika itu Nabi Ayyub a.s tidak mempunyai harta kekayaan,keturunan, dan teman.

Rahimah begitu sabar dalam menjalani kehidupannya yang penuh kepahitan,dengan penuh keikhlasan rahimah menjaga Nabi Ayyub a.s dengan penuh rasa hormat sebagai isteri, Rahimah dan Nabi Ayyub tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur dan pujian kepada Allah atas musibah yang menimpa mereka.

suatu hari muncul seekor iblis yang menyerupai dirinya sebagai seorang lelaki lalu menghampiri Rahimah, "Dimanakah suamimu,wahai hamba Allah?" bertanya iblis. "itulah dia yang sedang sakit iru," jawap Rahimah.
mendengar jawapan itu, iblis semakin bersemangat menggoda Rahimah. Iblis kemudian mengingatkannya kembali bahawa dahulu mereka pernah merasakan kekayaan.kepada rahimah,dia mengigatkan kembali bahawa dahulu ya  Nabi Ayyub a.s  merupakan seorang pemuda yang sangat tampan dan gagah. Tetapi kini tidak lagi. Iblis terus menggoda Rahimah. 

sehinggalah pada suatu ketika Rahimah tidak tahan lagi dengan godaan-godaan Iblis, dia meluahkan ketidakpuasannya kepada Nabi Ayyub a.s. ketika itu Iblis telah meyuruh Rahimah menyembelih seekor kambing dengan berniatkan atas nama Iblis, kerana perkara itu boleh membuatkan Nabi Ayyub sembuh kembali.

Nabi Ayyub a.s mengetahui perkara tersebut, lalu Nabi Ayyub sangat marah kepada Rahimah kerana dia tidak sabar  dalam menghadapi musibah yang diberikan oleh Allah berbanding dengan kehidupan mereka yang mewah dahulu. Jadi, daripada situlah Nabi Ayyub Telah berjanji kepada Allah bahawa jika Allah  menyembuhkan penyakitnya, Nabi Ayyub a.s akan memukul Rahimah 100x..kerana Rahimah menyembelih kambing berkenaan dengan  menggunakan nama selain daripada nama Allah.Nabi Ayyub menghalau isterinya daripada rumah.

setelah Rahimah diusir, Nabi Ayyub tidak memiliki makanan, minuman, bahkan teman, Nabi Ayyub a.s sujud lalu memohon kepada Allah :


" Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit,"
                                                           (Al-Anbiyaa',83)

Nabi Ayyub berserah kepada Allah s.w.t atas semua masalah yang menimpa dirinya, lalu Nabi Ayyub berkata lagi :

"..................dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengasih di antara semua penyayang."
                                                                                                              (Al-Anbiyaa',83)


kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayyub a.s supaya menghentakkan kakinya.kemudian Nabi Ayyub pun melaksanakan wahyu tersebut, lalu terpancar air keluar,Nabi Ayyub a.s menggunakan air itu untuk membersihkan badannya. Dengan kekuasaan Allah s.w.t , setelah Nabi Ayyub selesai mandi, hilanglah segala penyakit yang di deritainya dahulu...bahkan Nabi Ayyub a.s kelihatan lebih tampan daripada masa mudanya,

Allah telah memberikan kepada Nabi Ayyub a.s nikmat yang dahulunya hilang, Bahkan nikmat yang diterima oleh Nabi Ayyub berlipat kali ganda.

berbalik kepada isteri Nabi Ayyub a.s iaitu Rahimah, setelah Nabi Ayyub a.s mengusirnya keluar dari rumah, dia lantas berkata "Ya Allah ,suamiku telah mengusirku.maka kepada siapa lagi yang akan membantu menyiapkan makanannya? Apakah akan kau biarkan dia mati kelaparan dan kehausan? Demi allah . aku akan kembali kepadanya."

Rahimah pun kembali semula kepada Nabi Ayyub a.s , namun tempat tinggal Nabi Ayyub telah berubah sama sekali.Rahimah mengelilingi kawasan itu,sambil diperhatikan Nabi Ayyub dari jauh.Lalu Nabi Ayyub a.s memanggil Isterinya.

"Apakah yang engkau inginkan,wahai hanba Allah? tanya Nabi Ayyub a.s.
"Aku mencari seseorang yang terkena penyakit.Dulu dia tinggal disini.namun kini aku tidak tahu apakah dia sudah hilang atau sesuatu terjadi kepadanya." Rahimah menjawap dengan berselindung daripada tangisan hatinya yang sebak.

Pada mulanya Nabi Ayyub a.s buat-buat tak tau, namun sejuru selepas itu melihat keikhlasan Rahimah mencarinya, dia memperkenalkan dirinya. Rahimah dengan lantas memeluk suaminya dengan erat sekali.
setelah sembuh Nabi Ayyub a.s  ingin melaksanakan sumpahannya iaitu memukul Rahimah sebanyak 100x.
Namun, Allah hanya memerintahkan Nabi Ayyub a.s  utk memukulnya dengan seratus batang rabting pokok yang diikatmenjadi satu. ketika kejadian itu Rahimah bekerja untuk menyara keluarga. sehingga Rahimah sanggup menjual penyemat rambutnya hanya untuk menyara keluarga.Nabi Ayyub a.s amat terharu dan berterima kasih diatas pengorbanan Rahimah.

Begitulah kisah disebalik kehidupan Nabi Ayyub a.s dan isterinya Rahimah, seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya. Nabi Ayyub seorang suami yang sabar dalam menghadapi pelbagi kesulitan dan mereka tidak pernah lupa untuk bersyukur dan memuji Allah dikala senang mahupun Susah.
semoga masih ada lagi insan-insan yang bersabar dikala Allah memberikan ujian yang besar kepadanya, kita perlu sentiasa redha dan bertawakal kepada Allah s.w.t.  Ingatlah bahawa masih ada ramai lagi insan yang ditimpa kesulitan  yang lebih hebat daripada kita,dan kita seharusnya bersyukur kepada Allah.Semoga kesabaran kita mendapat ganjaran di Akhirat sana...
InsyaAllah.. ^_^



CORETAN DARI HATI LIYA


Assalamualikum kepada semua pembaca. sudah terlalu lama liya tak menulis..rindunye,,
liya memohon maaf kerana liya terlalu sibuk dengan imtihan , Alhamdulillah sekarang liya dah selesai imtihan, so now i have many time to update my blog lah,, :) hope semua  dapat memberi tunjuk ajar kepada liya,

disepanjang kesepian ini, terlalu banyak pengalaman yang liya lalui,
sebenarnya, kita hidup di dunia ini adalah untuk mencapai matlamat hidup,
kepercayaan yang dipegang oleh kita membawa kita dalam mencapai matlamat hidup,
seperti agama islam, kita sebagai umat islam perlu mencapi matlamat hidup kita berlandaskan Al-quran dan sunnah Rasullullah s.a.w

dalam mencari pengertian hidup didunia ini,
liya belajar bayak benda, apakah erti pengorbanan, kasih sayang,kekuatan,persahabatan,kejujuran,percintaan dan belas kasihan. semua sifat-sifat ini perlu ada pada jiwa kita,tanpa ia hilanglah kemanusiaan pada diri.
pengorbanan mengajar liya erti untuk sentiasa bersyukur dan memberi kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan, hidup ini perlukan pengorbanan supaya diri kita dan insan lain mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t  . pengorbanan jiwa, masa,tenaga,dan harta satu bentuk pengorbanan yang harus kita lakukan dalam mencapai keberkatan dan keredhaan Allah.Usahlah kita memandang pengorbanan itu sebagai satu perkara yang remeh, kerana pengorbananlah yang mengajar kita erti kekuatan dan menguji kesabaran hati.insya Allah setiap hamba Allah yang bersabar akan sentiasa mendapat pertunjuk dan kesenangan dalam menghadapi pelbagai ujian di dunia ini,

Persahabatan pula,mengajar liya erti keikhlasan dan kejujuran dalam ikatan ukhwah yang terbina, kita perlu bijak dalam memilih sahabat, jika tersalah pilih,diri kita juga akan merana. jadi bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh dan solehah,supaya diri kita tidak terjerumus kelembah maksiat.sentiasa mengingatkan diri kita bahawa keikhlasan dalam persahabatan membawa kepada satu ikatan ukhuwah yang kuat dan sukar untuk dipisahkan.inagtlah sahabat,bahawa apabila kita memilih sahabat yang beriman, dia akan membawa kita kejalan menuju Allah !

Percintaan, setiap insan dikurniakan perasaan cinta di dalam hati mereka,Cinta kepada Allah,Cinta kepada Rasulullah, Cinta kepada Ibubapa, Cinta Kepada keluarga, Cinta kepada sahabat,Cinta kepada diri sendiri dan Cinta kepada kekasih. begitulah dengan liya,liya juga mempunyai perasaan cinta, apabila umur telah meningkat dewasa, bermulalah kembara dalam mencari cinta yang akan membawa kepada teman hidup sepanjang hayat.umur liya sekarang telah menjangkau kepada 20 tahun.tidak kisahlah jika ada di antara mereka-mereka yang berada diantara umur macam liya telah pun berkahwin.orang cakap kawin muda la katakan. tidak mengapa, kerana jika kita lihat pejuang-pejuang islam di zaman rasulullah juga dahulu berkahwin diwaktu usia mereka masih muda. berkahwin muda ini amat baik,kerana ia dapat mengelakkan kita daripada melakukan maksiat kepada Allah.Jadi bagi sesiapa yang berniat untuk berkahwin di usia muda, mereka perlu persiapkan diri dengan kekutan mental dan fizikal serta ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk di ajar kepada anak-anak mereka yang bakal lahir kelak.supaya keluarga yang bakal terbina kelak adalah keluarga yang sakinah ,mawardah dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.


sepanjang waktu cuti sebelum liya mendapat keputusan peperiksaan STPM,
liya duduk di rumah sahaja, adakalanya liya berasa rimas dan sunyi kerana tidak dapat keluar berjalan seperti kawan-kawan liya yang lain. ada yang merantau ke kuala lumpur, klang, kedah,pulau pinang dan merata lagi.
liya pulak hanya duduk di rumah,kadang-kadang berasa bosan pon ade, liya ade mintak kebenaran daripada ibu liya untuk pergi ke Johor Bahru, rumah abang liya ada disana. tetapi ibu liya tidak membenarkan liya pergi,  pada mulanya liya melawan untuk pergi jugak.dek kerana hasutan syaitan yang menyuruh liya melawan cakap ibu liya. tetapi Alhamdulillah, hasutan syaitan itu tidak berjaya, Liya akur dengan keputusan ibu.
adakalanya liya terlihat wajah keletihan dan tidak berdaya yang ditanggung ibu. Liya sedih.kenapa liya sering melawan cakap ibu liya. ibu...liya akan sentiasa berada disisi ibu disaat ibu memerlukan liya, nanti kalau ibu sakit, tak ada sapa jaga ibu, tak ada sapa membantu ibu membuat kerja rumah.  aku terlihat wajah sedih ibu apabila aku mengambil keputusan untuk ke johor, liya mengambil keputusan untuk terus menjaga ibu sehingga tawaran masuk ke universiti liya terima. Liya tak akan meninggalkan ibu.liya sayang ibu.liya berasa kasihan melihat ibu kesorangan tanpa sokongan.Liya selalu sakitkan hati ibu.liya minta maaf ibu. Ibu..dari situ Liya telah kenal erti belas kasihan dan kasih sayang..andai kita mengasihi dan mencintai seseorang itu, janganlah kita biarkan dia terkapai-kapai didalam kesusahan, bantulah dia semampu mana yang kita boleh, ingatlah cinta mengajar kita erti pengorbanan. Cinta kepada ibubapa mendapat Keredhaan daripada Allah,,kerdhaan ibubapa adalah keredhaan daripada Allah jua.


Alhamdulillah, liya berasa puas kerana dapat meluahkan segala-galanya yang terpendam dihati liya. Liya harap sahabat-sahabat lain dapat menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat. semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan selamanya. Amin. =)