Sedarlah seberapa rapatnya ikatan persahabatan bukan di ukur dengan seberapa banyaknya bermesej atau berchatting tetapi alangkah indahnya jika ia diukur dengan seberapa banyaknya nama seorang sahabat itu disebut dalam setiap doa-doa kita kepadaNya
Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu, kerana di suatu masa aku pasti akn pergi dan ini akan membuatkan mu kecewa dan bersedih. Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T pasti akan memberi manfaat besar kepadamu, kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu, dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih.
Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur
Rahsia wanita tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
Penasihat yang baik kepada suami.
Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
Bijak mewujudkan suasana selesa.
Hati yang cepat berubah ubah.
Bolehkah berdating dengan izin Ibu Bapa ?
Kemusykilan saya ialah bagaimanakah untuk menjalinkan hubungan perasaan cinta kepada seseorang yang kita sayang berdasarkan islam dan bagaimana kita hendak mengenali pasangan hidup yang sesuai. Adakah bersalah jika keluar bertemu teman lelaki setelah mendapat kebenaran ibu bapa?
Jawapan:
Islam melarang seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana dikhuatirkan pihak ketiganya adalah syaitan yang datang merayu dan menggoda.
Walaupun ibu bapa membenarkan anak perempuannya keluar dengan lelaki yang bukan muhrim, maka hukumnya tetap haram dan orang tuanya juga memperoleh saham dosa atas perbuatan anaknya.
Rasa cinta adalah anugerah Allah kepada setiap insan dan dia merupakan fitrah yang paling mulia yang disematkan dalam sanubari kita.
Mencintai seseorang tidaklah berdosa bahkan dituntut untuk saling sayang menyayangi.
Cinta seorang perempuan terhadap seorang lelaki adalah dengan merealisasikan kecintaan tersebut dengan perkahwinan, sebab di dalam perkahwinan tersimpan seribu satu nikmat yang akan mendatangkan keberkatan dalam hidup.
Kemudian untuk mengenali pasangan hidup, perhatikanlah latar belakang keluarganya, apakah dia berada dalam keluarga yang menjalankan perintah agama dengan baik ataupun sebaliknya.
Lihatlah tutur kata dan keperibadiannya serta tanggungjawab terhadap ibu bapa dan sahabat-sahabatnya, jika ia disenangi oleh ramai orang, ini juga salah satu bukti bahawa dia tergolong pasangan yang baik.
Banyak faktor lain yang boleh dilihat seperti ibadahnya, pendidikannya, pekerjaannya dan sebagainya, tetapi yang paling penting nilailah dari sudut amalan agamanya.
Waallahu A’lam.
Sunnah is like Medicine
Shaikh Khidir from Toronto, Canada once gave a very beautiful example on the importance of following the ways (sunnah) of Prophet Muhammad (peace be upon him). He said that sunnah is like medicine. Usually, when we visit the doctors for treatment, they write on the prescriptions the medicines we need. We take these prescriptions to pharmacists who then sell the medicines to us. Sometimes these medicines are bitter and hard to swallow, but we still consume them as we know that the cure is in them. Similarly, each and every sunnah has physical and spiritual cure for us in this world and in the hereafter. Even if some of sunnah are hard to follow, we should still follow them as the cure is in them.
"...So take what the Messenger gives you, and refrain from what he prohibits you..." Al Quran 59:7
"...So take what the Messenger gives you, and refrain from what he prohibits you..." Al Quran 59:7
Subscribe to:
Posts (Atom)