Tetamu Diraja (:

SABAR

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: 


"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari). 



Kesimpulan Hadis: 
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman. 
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

HADIS

" Orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari 
kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya 
Tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya dan Dia lebih 
mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan 
kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut 
ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. 
Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang 
bertakwa.” (Surah al-Najm: 32)


"Sifat orang yang mengenali Allah ada enam: jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.

TARBIYAH HATI

                                                 Tarbiyah Hati







Hati perlu ditarbiyah atau dididik
bersungguh-sungguh supaya
menjadi hati yang hidup,
hati yang sentiasa ada hubungan dengan
Allah SWT,
hati yang yakin bahawa kita akan bertemu Allah,
hati yang yakin bahawa Allah akan
mengira segala amalannya,
hati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan
hati yang takut akan azab Allah SWT.
Bermula dari hati….
Maka Allah akan merubah keadaan
hal sesuatu kaum itu apabila mereka merubah apa yang ada dalam hati mereka.