Tetamu Diraja (:

KELEBIHAN SURAH AL-MULK




Assalamualaikum semua,
Hari ini saya menceritakan kelebihan membaca surah al-mulk serta diamalkan setiap malam. Memang besar fadhilatnya. Tapi yang penting, bacalah kerana mengharapkan redha Allah. Ingat, manusia dimasukkan ke syurga kerana rahmat Allah.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:
“Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka.”
Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
2. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
7. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
8. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
9. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
10. Saiyidina ‘Ali berkata: “Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
11. Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
12. Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk.”

Semoga kita semua ambil manfaat daripadanya. Amin.


Sumber:nuursyifa.blogspot.com
  



Assalamualaikum buat para pembaca sekalian, ^_^
saya mohon maaf kerana telah sekian lama saya tidak menaip diruangan ini. Sampai dah bersawang blog ini.hehee. hermm..sekarang saya dah tamat belajar di tingkatan 6.jadi harapan semua orang mestilah berharap untuk dapat menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah .begitulah diri saya... saya amat berharap  saya dapat diterima masuk ke universiti untuk menyambung study saya. Sebenarnya  saya sedih dan terkilan dengan diri saya. Kenapa saya selalu sahaja lemah dalam menangani sesuatu perkara dan masalah. Saya  cuba untuk menjadi kuat. Saya cuba untuk terus bersemangat menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. Tetapi perasaan takut dan gentar selalu menyelubungi diri saya.Andai saya tidak dapat menyambung pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi... saya tak tau apa yang akan terjadi dimasa akan datang. Saya amat takut !  Hanya iringan Doa kepada Allah sahaja yang mampu menjadi benteng dan kekuatan dalam diri saya sekarang. Saya insan Lemah. Liku-liku hidup didunia membuatkan diri ini begitu tercabar.mampukah saya hadapi  detik2 yang mendatang? Semoga Allah kuatkan hati dan semangat saya.  Matlamat saya adalah ingin berjaya dalam hidup, dan saya mampu membina empayar sendiri, berdiri dibawah kaki sendiri dan tidak hanya mampu meminta-minta pada individu lain. (‘:  dan yang paling penting ! saya ingin sekali melihat senyuman yang terukir mekar di wajah tua Ayah dan ibu, melihat kejayaanku... melihat kemenanganku...



   


Oh..ya..sebelum saya lupa,  ketika  ini saya sedang berada  di kampung pasir ulu slim, daerah slim river. Tujuan saya kesini  untuk menemani kakak saya yang tinggal keseorangan di sini. Jadi, untuk membiasakan keadaan dan menghilangkan rasa takut dalam dirinya, saya membuat keputusan untuk menetap dengan kakak saya seketika.supaya dia berasa lebih selesa dan berani. Kedatangan saya kesini haya untuk seminggu sahaja. Minggu depan kakak saya mula dengan kehidupan bujangnya.hehee.kakak saya mendapat tugas sebagai jururawat disini, jadi dia perlulah berkhidmat untuk penduduk disini. Lagipun, saya lihat disini , jururawat amat diperlukan, buat masa ini hanya 2 orang jururawat sahaja yang bekerja di klinik desa kampung pasir, ulu slim ini.



Kebanyakan kawasan disini berbukit bukau, jadi bantuan yang diberikan kepada pesakit amat terhad. Adakala jururawat terpaksa masuk ke hutan ,kawasan pergunungan dimana tempat orang asli menetap untuk memberikan bantuan, begitu payah dan peritnya menjadi jururawat dikawasan yang sebegini. Adakalanya jururawat terpaksa standby jika berlaku kecemasan tidak kira masa. Begitulah pengorbanan seorang jururawat kepada masyarakat. Hermm...menjadi orang baru ,dikampung yang baru,susana yang baru dan sahabat yang baru.. (: begitu menyeronokkan,  udara disini amat nyaman dan saya mendapat ketenangan disini. Setiap hari saya dapat melihat gunung-ganang yang tersegam indah dihadapan dan belakang rumah.. sungguh besar kuasa Allah. Gunung-gunung yang tegak berdiri, tersegam indah dikala mentari mula muncul dari penjuru bukit,, membuatkan hati ini syahdu sekali. Subahanallah !. Pengalaman disini sangat bermakna buat saya. Tiap kali pergi dan balik menghantar kakak saya ketempat kerja, seperti  berjalan diatas awan yang tinggi. Kerana kiri dan kanan dihimpit gunung-ganang yang indah tercipta. Awan-awan terapung disekeliling bukit membuatkan diri ini bagai dialam kayangan..hehee..wahh.. dah macam puisi pulak. (: . Sebenarnya saya memang suka dengan keindahan Alam. Kalau nampak sesuatu tempat tu cantik sikit, tangan ini mesti nak ambik gambar, saya suka menghayati keindahan alam, kerana disitu terletak kedamaian dan ketenangan yang tak dapat digambarkan dengan hati dan perasaan... kita dapat rasainya apabila tubuh dan jasad kita berada disitu.hermm..hari ini last day saya menetap di kampung ini.. mesti saya akan rindukan keindahan alam disini, sahabat2 baru,nenek2 yang amat peramah dan tak lupa sahabat cilik saya. Yang berumur 4 tahun. Namanya harith. Mesti saya akan rindukannya. Hari ini sebelum saya pulang ke rumah. Saya sempat bermain dengannya. Pada mulanya, dia malu2 berjumapa dengan saya. Tapi setelah beberapa minit bermain dengannya, dia begitu teruja berkawan dengan saya,sampai menarik-narik tangan saya untuk mengajak  saya balik kerumahnya ,hahaha.comel sangat dia.. amat menyeronokkan  bila melayani teletah kanak2.mereka sangat Comel . ^_^ .
Sekian sahaja coretan saya pada hari ini, salah silap dalam penulisan ini ,saya amat memohon  maaf. Saya hanya ingin meluahkan apa yang saya rasa dan berkongsi  pengalaman ini bersama anda para pembaca yang saya sayangi..
^^ Wasalam..  ✦◕‿◕♥♥♥