Tetamu Diraja (:

PENGAJIAN AM 2: PERTANIAN ORGANIK : Kebaikan dan Kelebihan

PENGAJIAN AM 2: PERTANIAN ORGANIK : Kebaikan dan Kelebihan: "Oleh : Nurul Farhana Norinee Bt AriffinSMK (A) Sibu Pertanian organik didefinisikan sebagai sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik, ..."

Akhirnya.... (=




fuhhh.....
akhirnya siap jugak slaid Pengajian AM 2 aku tu....
4.4.2011 tarikh aku buat pembentangan.....
tapi disebabkan tarikh tu bertentangan dengan MUET...
so... ditangguhkan la....

tau tak..
tajuk pembentangan aku susah la ...
tajuknya..."PENYAKIT BERBAHAYA"...
meliputi punca,kesan,simptom dan langkah....
banyak tak..!
setakat nie aku dah siapkan 32 slaid....
mybe ade lagi yang nak ditambah kot...
untuk tajuk nie..
aku FOKUS pada penyakit...
Kencing Manis, Serangan Jantung ,Barah Payudara dan juga Obesiti.....

mula-mula memang tak ada semangat nak buat....
sebab banyak benda nak dicari, taip lagi, susun dan edit.....
ada maklumat yang tak ada la...susah nak cari..pastu bila taip kata kunci yang betul-betul baru muncul maklumat yang aku nak cari tu.....haishhh....sakit otak....

tak pasal-pasal kena belajar BIOLOGI balik...
kalau time tingkatan 5 dulu boleh la tahan lagi....paham...coz ambik kelas sains la katakan...-____-"
time tingkatan 6 nie aku dah tukar aliran...
aku amik ekonomi pulak...sains fizikal...dan bukan Sains tulen lagi....
so otak aku agak-agak pening la jugak nak buatnya...
nak fahamkan istilah-istilah sains perubatan...
nama pun pelik-pelik...berbelit-belit lidah aku nak nyebutnye....
contohnye macam...HIATUS HERNIA, HIPERLIPIDEMIA....
haishhh...susah jugak la nak nyebutnya...
tak tau la nanti time pembentangan kat dalam kelas nanti....
apa la agaknya yang aku sebut....adoih.. = ; =

hope time pembentangan nanti aku tak gagap....
hah...dalam slaid aku tu..
aku banyak letak gambar ngeri-ngeri...
so kepada kawan-kawan yang lemah semangat bersedialah anda..hahaha.
well...kata tajuk "PENYAKIT BERBAHAYA" so pengisiannya juga perlu ganas...hehe
taklah..yang ganas tu takda... tapi ngeri sikit tu ada....
okaih...tu je yang aku nak cerita hari nie....
see u soon.. (=




KENAPA SAYA?



KENAPA???




kenapa disetiap hari-hari saya terasa sunyi......??
kenapa saya berasa diri saya tidak lagi dihargai oleh semua orang....???
kenapa layan saya macam tu...??
kenapa setiap kali saya inginkan sesuatu...pasti tak akan dapat????
kenapa bila saya tengok seseorang...saya akan rasakan orang tu benci sangat dekat saya...??
kenapa mesti setia kerana kelebihan yang ada pada seseorang itu....dan bila hilang kelebihan itu...hilanglah juga setianya pada seseorang itu...??
kenapa saya mesti iri hati.....?
kenapa saya tak berterus-terang.....?
kenapa orang disekeliling saya sukar untuk di percayai....?
kenapa kata suka kalau hati kata benci...?
kenapa tersenyum bila hati sedang kecewa?
kenapa masih malas walau diri ingin berjaya...?
kenapa katakan susah sebelum diri mencuba dahulu...??
kenapa hati saya keras...?
kenapa saya selalu di tipu...?
kenapa orang tidak hormati saya walau saya telah hormati dia...?
kenapa bila saya berikan kejujuran...orang akan berikan saya penipuan...??
kenapa bila saya ingin berusaha...pasti banyak halangan yang timbul....?
kenapa saya macam nie??
kenapa...???
kenapa...??
kenapa...??
kenapa.....??





hilanglah daya dan kekuatan bila diri berasa disisihkan.....
hanya keluarga yang membuatkan aku bangkit semula.....
hanya cinta daripada Allah, adik-beradik dan ibu bapa aku dapat terus merasakan cinta yang hakiki .....
kerana kata-kata semangat daripada ibu bapa..aku kekal berdiri..dan teguh hadapi halangan....
kerana jiwa,kerana rasa, kerana perasaan,kerana tingkahlaku,kerana personaliti,kerana kekayaan, kerana kecantikan,kerana kelebihan,kerana kepandaian, kerana keimanan,kerana kejujuran........
manusia boleh merubah hati yang suci bersih....menjadi keruh.....
manusia boleh menjadi rakus...tanpa peduli apa-apa.....
manusia boleh bermusuhan tanpa kenal erti persaudaraan & persahabatan.....
manusia boleh merubah cinta menjadi benci untuk SELAMA-LAMANYA...........!

"FIKIR-FIKIRKAN"

JENGUK-JENGUKLAH ORANG TUA KITA...

Jengok2 lah orang tua kita..
Tarikh : Thursday, July 16 @ 21:30:20 MYT
Topik : Keluarga & Kesihatan

Oleh Bella


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari 
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah. Jiran mendakwa terhidu bau busuk. 



Saya bersama 6 anggota bantuan teknik dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan sebarang kesan kesan jenayah. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang baunya busuk menusuk hidung. 




Bau mayat !.. saya nampak sesusuk tubuh yg terbaring di atas sofa...dengan hanya berkain pelikat sahaja.. jelas mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar... 



saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah....dan buat pemeriksaan. Ada dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel. rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk...ada sedikit beras dan minyak masak. 



Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun....saya menghubungi satu no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda...20 tahun...dan itu cucunya...mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat esoknya. 



di mana anak anaknya? 



baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti, menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan...mungkin ayah tak mahu mengikut...berdasarkan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang menghurungi mayat. 



saya menegur anaknya di bilik mayat...tentang kesilapan mereka meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif...tanpa menghubungi, tiada link dgn jiran jiran...seorang pun anak anaknya 5 lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka...apatah lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam...sejurus sebelum pengsan. 



kenapa sampai jadi begini ? apa yg tak kena? 



saya akan mengirimkan gambar gambar kejadian ini sekiranya kawan kawan mahu lihat, bagaimana kesedihan ini diabadikan. 













Amaran: Jangan baca artikel ini jika lemah semangat. - Nabila


Diterbitkan oleh :
Lajnah IT DPPKD,
http://www.selatanonline.net/
Email : abujihad98@gmail.com atau : adibah82@yahoo.com.my
Pandangan dalam laman ini tidak semestinya menunjukkan sikap Administrator,
Webmaster, Pembantu Webmaster atau Moderator laman
.

review ekonomi : KEANJALAN

KEANJALAN

  1.  Keanjalan Titik - keanjalan titik digunakan untuk mengukur perubahan harga yang sangat kecil dan perubahan yang sangat kecil ini di pandang hanya sebagai satu titik di atas keluk permintaan
  2. Keanjalan Lengkuk - Keanjalan lengkuk untuk mengukur dua titik berasingan di atas keluk permintaan @ untuk satu perubahan harga yang besar,


DARJAH KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

A) Anjal (Ed > 1)
  • % perubahan kuantiti > % perubahan harga
  • keluk permintaan adalah landai
  • Apabila harga berubah sebanyak 1%, maka kuantiti diminta berubah lebih daripada 1%.
B) Tidak Anjal (Ed < 1)
  • % perubahan kuantiti < % perubahan harga
  • Keluk permintaan adalam curam
  • Apabila harga berubah sebanyak 1%, maka kuantiti diminta berubah kurang daripada 1%.
  • Untuk barang keperluan biasa
C) Anjal Satu (Ed = 1)
  • % perubahan kuantiti = %perubahan harga
  • Keluk permintaan berbentuk hiperbola iaitu melengkung ke titik asalan.
  • Apabila harga berubah sebanyak 1% maka, kuantiti diminta akan berubah pada kadar yang sama.
  • Untuk barangan biasa
D) Anjal Sempurna
  • Perubahan harga lebih daripada yang ditetapkan menyebabkan tiada kuantiti diminta.
  • Keluk permintaan bergaris lurus selari dengan paksi mendatar.
  • Sebarang perubahan harga menyebabkan tidak menjejaskan kuantiti diminta.
  • untuk Barang Mewah
C) Tidak Anjal Sempurna (Ed = 0)
  • Kuantiti diminta tidak berubah walaupun harga berubah.
  • keluk permintaan merupakan garis menegak selari dengan paksi harga.
  • Apabila harga berubah 1% , maka kuantiti diminta akan berubah sebanyak 0%.

MUET......? -_____-"




-_________________-''

4.4.2011
merupakan tarikh penting dalam bulan April.....
time nie aku exam MUET...paper SPEAKING....
i'm STRESSSSSSSSSSSSSSSS  = ______ ="

takot.....!




JANGAN MENGHARAPKAN CINTA




 


Jangan engkau mengharapkan cinta,
 jika cinta itu boleh menyakitkan hati.
 Jangan engkau mengharapkan kasih kerana ia berpura-pura dan 
jangan engkau sedih kerana dilukai kerana semua ini pasti ada hikmah disebaliknya.

                -Dark Nakal-




Sumber: Jangan Mengharapkan Cinta | Kisah Cinta Kita 

BESAQ NYA.....


vidio pilihan pada minggu ini...
ular sawa raksasa....
ULAR SAWA YANG TERBESAR AKU PERNAH TENGOK......
perghhh....Beso nye....





nie kalau bagi makan 10 orang manusia pun tak kenyang..... -____-"
agak-agak nye la.....
ade tak orang jadikan ular  sawa yang besar macam kat atas tu...
sebagai binatang peliharaan......
aku rasa la kan...kalau ade pon...mesti orang tu kaya.....
yela...nak kene bagi ular tu makan....
mau banyak duit nak kena keluar....
coz ular nie makan banyak...... ;D
tapi kalau difikir-fikirkan balik berbaloi jugak....
coz boleh jadikan ular nie sebagai satu tarikan kepada pengunjung.....
boleh buat duit la katakan....
ngeh..ngeh....ngeh...

AKU CINTA GILA LAGU NIE.... ^_^


Aku tujukan lagu nie khas buat rakan sepejuangan aku...
students STPM 2011....
especially......
6 ekonomi..... (=
sama-sama kita berusaha mencapai kejayaan .....
setiap kesulitan dan kesenangan kita tempuhi bersama ye.....

C .U. D. I .P. T





sambil study tu... jomm kita layann....(^_^)


KIAMAT DAH DEKAT....!












TANDA-TANDANYA ...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis. 
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 



"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " - Sahih Bukhari 



~ dah jadi dah... 



2) Zina bermaharajalela. 
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim 



~ dah nampak dah... 



3) Bermaharajalela alat muzik. 
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi? wanita" -
Ibnu Majah 



~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... 




4) Menghias masjid & membanggakannya. 
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. 



~ memang dah nampak dah... 




5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim. 



~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu... 




6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad 



~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... 



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani 



~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada.... 




8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad 



~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... 



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda? telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian? wanita &
apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". 



~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... 




10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani 



~ tak caya gi tengok... 




11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim 



~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah?
yg popular skarang nie... 




12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad 



~ tengok kes peperangan Iraq ... 



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai?" - Sahih Muslim 



~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir... 





Perbanyakkan amal dan jauhi maksiat!






 GAMBARAN HARI KIAMAT....





KEADAAN DIJEPUN SELEPAS TSUNAMI.......






















































KLIP VIDIO TSUNAMI DI JEPUN.......

















MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA SUPAYA NEGARA KITA SELAMAT DAN DILINDUNGI DARIPADA SEGALA ANCAMAN DAN MALAPETAKA..........
SEMOGA NEGARA JEPUN AKAN KEMBALI ELOK SEPERTI SEDIA KALA....