Tetamu Diraja (:

Insyaallah


Insyaallah.....




tips kuruskan badan

33 PETUA & TIPS KURUSKAN BADAN

1. Jangan berlapar
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepadacebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.



17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda.
Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaanberjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan??

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


Lawatan Ke Parlimen


PARLIMEN MALAYSIA

hallo....okeylah...hari nie takmo sedih-sedih lagi okaih...
hari ini bangkit dengan semangat yang baru... oyeah!!
actually isnin nie my school buat lawatan PERTINA ke Parlimen..coz itu adalah lawatan wajib !
kalau tak lawat parlimen tak terasa la macam masuk tingkatan 6 kan...kan... (=
so kat bawah nie adelah beberapa foto bagunan parlimen yang bakal aku pergi isnin nie....
actually nanti kami disana akan tengok macam mana dewan rakyat bersidang....
setahu aku untuk bulan jun nie dewan rakyat akan tamat bersidang pada 30 jun..kalau tak silap aku lah..
untuk maklumat lanjut lawat ke sini... www.parlimen.gov.my
untuk 27 jun nie menteri2 akan bersidang dan membentangkan mengenai perkara-perkara berikut...

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1242-L44189
Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha
pihak bank tempatan dan syarikat kewangan dalam memberi kelonggaran
prosedur pinjaman kepada pengguna untuk mengelakkan pengguna
meminjam daripada Ah Long yang berisiko tinggi dan setakat manakah
pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti Ah Long yang masih berleluasa
di bandar.

2. PR-1242-L44832
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar
status kepada pengundi awam.

3. PR-1242-L44241
Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan
kelajuan akses Internet di negara ini berbanding negara-negara Asia yang
lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan
akses internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada
pembekal yang bersaing.

4. PR-1242-L43741
Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi
mengatasi masalah peningkatan pengaliran wang haram di negara ini yang
mencecah RM888 bilion dari tahun 2000 hingga 2008.

5. PR-1242-L43110
Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkahlangkah MIDA dalam usaha meningkatkan pelaburan dari China sehingga 10
kali ganda kepada RM6.2 bilion bagi 2011 berbanding RM600 juta pada 2010
sebagaimana kenyataan Ketua Pengarahnya baru-baru ini.



actually ini merupakan page 1 daripada pertanyaan-pertanyaan yang akan dibentangkan....
ade lagi 35 page tak silap aku....bayak wooo....penat-penat...susah jugak nak jadi menteri nie!




sewaktu proses pembinan 

sekarang

waktu malam




 Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September 1959.



Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
  • Warga negara Malaysia
  • Tidak kurang dari 21 tahun
  • Waras fikiran
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.



Milik Siapa CintaKu....




Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “Cinta kerana Allah”
Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…
Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.
Nabi SAW bersabda :
“Doanya seorang muslim untuk saudaranya yang tidak bersamanya pasti dikabulkan. Di dekat kepalanya ada malaikat yang menjaganya. Setiap kali ia berdoa untuk kebaikan saudaranya, malaikat itu berkata “Amin”, Dan engkau akan mendapatkan yang serupa.” (Muslim: 48-Kitab adz-Dzikr wad Du’aa’, hlm. 88)
Dalam sebuah hadis qudsi Allah swt berfirman :
“KecintaanKu pasti akan diberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling mengunjungi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling memberi keranaKu, KecintaanKu berhak diperoleh untuk orang-orang yang saling menjalin persaudaraan keranaKu” … (Riyadhus Salihin)



SELAMAT HARI BAPA.....


SELAMAT HARI BAPA.

"saya saaaaayangggggg AYAH Saya!" (^_^)


 



tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

kerana AYAH aku disini
kerana AYAH aku gembira
kerana AYAH kuterasa bahagia…
AYAH oh AYAH..

AYAH…
semenjak kecil aku dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh
semenjak kecil aku dimanjakan dengan belaian gurauanmu yang indah
semenjak kecil aku diberi penghargaan umpama seorang puteri
AYAH…
ketika aku mengalah…
engkau semangatku
ketika aku sakit…
engkau penawarku
ketika aku bersedih…
kau air mataku
ketika aku ketawa
engkau riangku
dan ketika engkau berduka?
aku harap akulah penawar duka laramu 
selamat hari bapa buat AYAH yang TERSAYANG…
BASER BIN CHA..






"teringat mase dulu-dulu...
dulu keluarga aku susah sangat...
rumah yang kami tinggal pun tunggu mase je nak roboh dek makan oleh anai-anai...
aku masih ingat masa tu...
beras didapur dah habis...
kami adik-beradik kelaparan....
ayah terpaksa menjual jam tangan kesayangannya..
untuk membeli beras...
supaya kami adik-beradik dapat makan sesuap nasi....
macam-macam kerja ayah buat untuk menyara kami adik-beradik...
mak sentiasa bagi kata-kata semangat pada ayah...
aku masih teringat waktu tu...
waktu di mana air mataku jatuh ke pipi...
ayah merungut yang kakinya sakit-sakit....
jadi aku tolong urut kaki ayah...
alangkah terkejutnya aku melihat kaki ayah...
tapak kaki ayah penuh dengan luka dan calar balar...
tumit kakinya merekah dengan begitu teruk sekali...
aku dapat merasakan bertapa perit ayah aku mencari rezeki untuk kami sekeluarga....
Alhamdulillah...dengan berkat usaha Ayah..sekarang hidup kami lebih senang dan selesa...
ayah..... ayah adalah insan yang paling mulia yang pernah hadir dalam hidup ini...
tanpa ayah..... hilanglah segala cahaya kegembiraan didalam hidup ini....
terima kasih ayah..........
saya sayang ayahhhhhhhhh!
ayah perwira hidupku. (=

ENCIK BASER BIN CHA





SELAMAT HARI AYAH BUAT AYAH BASER...