Tetamu Diraja (:

Lawatan Ke Parlimen


PARLIMEN MALAYSIA

hallo....okeylah...hari nie takmo sedih-sedih lagi okaih...
hari ini bangkit dengan semangat yang baru... oyeah!!
actually isnin nie my school buat lawatan PERTINA ke Parlimen..coz itu adalah lawatan wajib !
kalau tak lawat parlimen tak terasa la macam masuk tingkatan 6 kan...kan... (=
so kat bawah nie adelah beberapa foto bagunan parlimen yang bakal aku pergi isnin nie....
actually nanti kami disana akan tengok macam mana dewan rakyat bersidang....
setahu aku untuk bulan jun nie dewan rakyat akan tamat bersidang pada 30 jun..kalau tak silap aku lah..
untuk maklumat lanjut lawat ke sini... www.parlimen.gov.my
untuk 27 jun nie menteri2 akan bersidang dan membentangkan mengenai perkara-perkara berikut...

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1242-L44189
Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha
pihak bank tempatan dan syarikat kewangan dalam memberi kelonggaran
prosedur pinjaman kepada pengguna untuk mengelakkan pengguna
meminjam daripada Ah Long yang berisiko tinggi dan setakat manakah
pengawasan pihak berkuasa terhadap aktiviti Ah Long yang masih berleluasa
di bandar.

2. PR-1242-L44832
Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar
status kepada pengundi awam.

3. PR-1242-L44241
Datuk Md.Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENERANGAN,
KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah kedudukan
kelajuan akses Internet di negara ini berbanding negara-negara Asia yang
lain dan sejauh mana usaha yang dijalankan untuk menaik taraf kelajuan
akses internet supaya rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada
pembekal yang bersaing.

4. PR-1242-L43741
Tuan Amran bin Ab Ghani [ Tanah Merah ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi
mengatasi masalah peningkatan pengaliran wang haram di negara ini yang
mencecah RM888 bilion dari tahun 2000 hingga 2008.

5. PR-1242-L43110
Datuk Wira Ahmad bin Haji Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkahlangkah MIDA dalam usaha meningkatkan pelaburan dari China sehingga 10
kali ganda kepada RM6.2 bilion bagi 2011 berbanding RM600 juta pada 2010
sebagaimana kenyataan Ketua Pengarahnya baru-baru ini.



actually ini merupakan page 1 daripada pertanyaan-pertanyaan yang akan dibentangkan....
ade lagi 35 page tak silap aku....bayak wooo....penat-penat...susah jugak nak jadi menteri nie!




sewaktu proses pembinan 

sekarang

waktu malam




 Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada 11 September 1959.



Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
  • Warga negara Malaysia
  • Tidak kurang dari 21 tahun
  • Waras fikiran
  • Bukan seorang muflis
  • Tidak mempunyai rekod jenayah
  • Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.