Tetamu Diraja (:

Salam Peperiksaan...hehe



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011 !

ESPECIALLY FOR 6 ATAS 1
>FACULTY OF ECONOMY<


Semoga kita bersama-sama menempuhi peperiksaan ini dengan tenang dan dipermudahkan untuk menjawap setiap soalan...
jangan makan ketupat banyak-banyak tau...
lepas 6 hari raya kita dah mula exam tau...ingat...
nanti otak lembab...hehe
pesanan untuk aku jugak..
sama-sama kita beringat...





JODOH


“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu siapa jodoh kita.” 

semanis kata



‎~♥~ Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi. Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan ~♥~ (^_^) 

Happay Birthday To Me...


 SWEET 19.... (^____^)

Alhamdulillah...
pada 18/8/2011 hari khamis lepas umur aku genap 19 tahun..
terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang sampaikan ucapan selamat hari lahir pada aku .
terima kasih yang teristimewa buat sahabat/teman/kawan aku yang bernama Masliana....
dalam dia dok sibuk-sibuk buat persiapan nak berangkat ke Mesir..
dia masih ingat lagi hari lahir aku...
aku terharu sangat dengan dia..
terima kasih sangat sebab bagi hadiah baju yang sangat comelll kepada aku...colour biru tu...
warna kegemaran aku...aku suka sangatttttt.. (=
tapi aku sedih..sebab mas dah nak bertolak ke mesir...hari rabu tu adalah last time aku jumpa dia...
sebelum dia pergi Mesir..banyak nasihat dan ilmu yang dia kongsi dengan aku.....
dialah sahabat yang paling aku sayang....
sentiasa memberi kata semangat dan nasihat kala aku dalam buntu....
sahabat yang membimbing aku ke jalan kebenaran dan jalan menuju Allah....
banyak pengetahuan dan pengalaman yang berguna aku dapat daripada masliana...terima kasih mas...

" MUMTAZ ALLAH"
ayat yang terakhir mas suruh aku ingat kala aku putus asa atau tak bersemangat...
aku betul-betul tersentuh..sebak hati aku...

itu adalah hadiah yang paling istimewa yang pernah aku dapat daripada seorang kawan yang bergelar sahabat sejati....

tak lupa juga kepada kawan aku Ainatul Mardiah yang mendoakan aku...
terima kasih sangatttttt....

sebenarnya sempena hari lahir aku ini....
aku tak mengharapkan hadiah pun...
tapi kalau nak bagi apasalahnye..kecik tapak tangan padang bola aku tadahkan..hehehe gurau je..
yang aku perlukan hanyalah setangkai doa daripada seorang kawan..
yang lahir jujur ikhlas daripada hati mereka....
supaya aku dapat terus bernafas di muka bumi ini dengan penuh keredhaan Allah...
umur dan ibadah aku diberkati oleh Allah..

"Doa itu senjata umat Islam"



Blogpot | Penyebaran Agama Kristian


Blogpot | Penyebaran Agama Kristian


Pengaruh Kristian

SATU LAGI CARA ORANG KRISTIAN MENYEBARKAN AGAMA MEREKA

Assalamualaikum rakan-rakan seislam ku sekalian.......... 
Satu lagi cara penyebaran agama Kristian yang aku rasa mungkin boleh menimbulkan kemarahan kita umat Islam. Sesuatu cara yang mengeksploitasi hak milik seseorang mungkin boleh mengundang ketidak puas hatian seseorang.

Info yang baru aku dapat........... 
Lihat bagaimana orang Kristian mengeksploitasi kepentingan orang lain demi kepentingan mereka........ 
Taip alamat URL blogspot korang atau orang lain...... 
Seterusnya pada perkataan blogspot, buang perkataan "s" dan enter dan lihat apa yang akan keluar....... Contoh http://amry85.blogspot.com ditaip http://amry85.blogpot.com

Yang aku maksudkan eksploitasi tu kenapa perlu ada main domain depan tu (amry85)??Kalau ditaip blogpot.com sahaja pun dah keluar laman web tu sebenarnya. Tapi kalau ditambah "." sekalipun didepan tu, kandungan web tu akan tetap keluar, apalagi kalau dimasukkan nama mana-mana main domain untuk blogspot. Berbeza dengan alamat URL lain yang mana kalau salah satu huruf sahaja, web yang ingin dicari itu tidak akan keluar.

Aku rasa ini adalah salah satu cara halus bagaimana orang Kristian menyebarkan agama mereka. CARA HALUS. CARA YANG MUNGKIN TIDAK SEDAR OLEH KITA. Bayangkan jika seseorang itu taip URL Blogspot seseorang itu, tetapi TERTINGGAL perkataan "s"..... Ops!!! Kan dah tersebar..... Mungkin 9 dari 10 orang yang tersalah taip tu sedar....yang seorang tu? Yang seorang tu mungkin saja-saja nak baca..... Bila dah baca..... Terpengaruh....Bila dah terpengaruh???

Mungkin kita fikir perkara ni biasa...."Alah tak kan terpengaruh kan, kalau termasuk web tu, cepat-cepatlah padam" Tapi aku rasa dari belum berlaku sesuatu yang tak diingini, lebih baik kita berhati-hati..... Tak ada yang mustahil k.

Aku harap dengan entry ni harap kita lebih alert. Please like dan sebar.


Read more: http://amry85.blogspot.com/2011/08/blogpot-penyebaran-agama-kristian.html#ixzz1UokeJKqB

JIKA AKU JATUH CINTA


Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Manisan Kata...



~ Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.•.♥• ~ Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.•.♥• ~ Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam.•.♥• ~ Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. •.♥• ~ Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat... •.♥• 


~~~♥♥♥ Jika cinta adalah kerinduan, maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir pada-Mu. Jika cinta adalah perjuangan, maka kobarkanlah semangat di dada kami. Jika cinta adalah pengorbanan, maka jadikan pengorbanan ini tidak sia-sia di sisi-Mu. Jika cinta adalah air mata, maka jadikan ia air mata taubat pada-Mu ya Allah... ♥♥♥~~~ 

Kebaikan Membaca Al-Fatihah


Kelebihan Membaca Al-Fatihah




Antara fadhilat membaca Al-Fatihah:
1. Menggamit ingatan seseorang (suami, isteri, anak-anak dan keluarga) terhadap kasih sayang dan tanggungjawabnya kepada diri anda dan keluarga.[Baca 14kali sebelum tidor]

2. Mengubati penyakit-penyakit dalaman.
[Baca 41kali dan tiupkan ke dalam air minuman. Minum dan gunakan untuk mandian.]

3. Untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan mentaliti.
[Baca 7kali apabila kepala seseorang rubbing pada waktu pagi sekali dan waktu malam sekali setiap hari tanpa henti.]   

4.Apabila terasa sangat sakit.
[Baca 3kali dan tiupkan ke dalam air dan minum. Kemudian baca al Fatihah ketika rubbing di bahagian yang terasa sakit.]

5. Untuk bayi yang sering menangis pada waktu malam.
[Baca 7kali di bahagian kepala bayi]
Kesemua di atas, InsyaAllah akan berkesan jika apa yang kita lakukan adalah mengharapkan keberkesanan daripada-NYA dan mempercayai bahawa surah Al Fatihah adalah penawar bagi segala-galanya. Baca dengan khusyuk dan bertawakal kepada ALLAH… Yang penting adalah niat kita; yakin dengan ketentuan Ilahi dan apa yang kita lakukan.

Mutiara kata..



  • Jika SEPI jangan merasa sendiri,ada Allah yang selalu mengawasi, Jika SEDIH jangan pendam di dalam hati,ada Allah tempat berbagi, Jika SUSAH jangan menjadi pilu,ada Allah tempat mengadu, Jika GAGAL jangan putus asa,ada Allah tempat meminta, Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa,ada Allah tempat bersujud....♥♥..^_^ 
  • Sayangnya Allah Pada Perempuan







    Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
    Nak kena tutup sana, tutup sini
    Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
    Perempuan, stoking pon kena pakai
    Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
    Komfem x tahan bertutup semua
    Tapi, perempuan cool jek
    Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

    Siapa kata jadi perempuan tu senang?
    Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
    Nak pergi kelas pon susah
    Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
    Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
    Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
    Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
    Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
    Hebat kan perempuan?

    Siapa kata jadi perempuan tu senang?
    Hati ni Allah jadikan lembut betul
    Cepat jek sensitif
    Cuba tengok orang putus cinta
    Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
    Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
    Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

    Siapa yg paling teruk menangis?
    Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
    Lembut tak lembut hati perempuan
    Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
    Hebat tak perempuan?
    Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
    Diorang cakap, Allah x adil

    Kenapa Allah lebihkan lelaki?
    Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
    Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

    Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
    Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
    Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
    Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
    Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
    Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

    Kesian kan kat diorang?
    Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
    Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

    Persoalannya sekarang
    Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
    Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
    Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?
    Betul, isteri kena ikut cakap suami
    Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

    X adil lagikah Allah pada perempuan?
    Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
    Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
    Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
    Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
    Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
    Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
    MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

    Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

    Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
    Banyak lagu pasal perempuan kan?
    Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
    Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
    Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

    Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

    Orang akan cakap:
    'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

    Kita x pernah dengar orang cakap:
    'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

    Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

    Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
    Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
    Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
    Perempuan senang nak masuk syurga

    Tengok hadis ni:

    "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

    (Hadis Riwayat Ahmad)

    X adil lagikah Allah dekat perempuan?

    Oh perempuan, sedarlah
    Betapa sayangnya Allah dekat kita
    Betapa cintanya Allah dekat kita
    Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

    Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
    Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
    Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
    Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

    Sekadar perkongsian bersama =)

    ~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

    Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..




    SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

    SALAM RAMADHAN....... (^_^)

    PUASA JANGAN TAK PUASA....
    JAGAN TIPU-TIPU TAU...
    ALLAH NAMPAK....


    untuk kome jerr....