Tetamu Diraja (:

Blogpot | Penyebaran Agama Kristian


Blogpot | Penyebaran Agama Kristian


Pengaruh Kristian

SATU LAGI CARA ORANG KRISTIAN MENYEBARKAN AGAMA MEREKA

Assalamualaikum rakan-rakan seislam ku sekalian.......... 
Satu lagi cara penyebaran agama Kristian yang aku rasa mungkin boleh menimbulkan kemarahan kita umat Islam. Sesuatu cara yang mengeksploitasi hak milik seseorang mungkin boleh mengundang ketidak puas hatian seseorang.

Info yang baru aku dapat........... 
Lihat bagaimana orang Kristian mengeksploitasi kepentingan orang lain demi kepentingan mereka........ 
Taip alamat URL blogspot korang atau orang lain...... 
Seterusnya pada perkataan blogspot, buang perkataan "s" dan enter dan lihat apa yang akan keluar....... Contoh http://amry85.blogspot.com ditaip http://amry85.blogpot.com

Yang aku maksudkan eksploitasi tu kenapa perlu ada main domain depan tu (amry85)??Kalau ditaip blogpot.com sahaja pun dah keluar laman web tu sebenarnya. Tapi kalau ditambah "." sekalipun didepan tu, kandungan web tu akan tetap keluar, apalagi kalau dimasukkan nama mana-mana main domain untuk blogspot. Berbeza dengan alamat URL lain yang mana kalau salah satu huruf sahaja, web yang ingin dicari itu tidak akan keluar.

Aku rasa ini adalah salah satu cara halus bagaimana orang Kristian menyebarkan agama mereka. CARA HALUS. CARA YANG MUNGKIN TIDAK SEDAR OLEH KITA. Bayangkan jika seseorang itu taip URL Blogspot seseorang itu, tetapi TERTINGGAL perkataan "s"..... Ops!!! Kan dah tersebar..... Mungkin 9 dari 10 orang yang tersalah taip tu sedar....yang seorang tu? Yang seorang tu mungkin saja-saja nak baca..... Bila dah baca..... Terpengaruh....Bila dah terpengaruh???

Mungkin kita fikir perkara ni biasa...."Alah tak kan terpengaruh kan, kalau termasuk web tu, cepat-cepatlah padam" Tapi aku rasa dari belum berlaku sesuatu yang tak diingini, lebih baik kita berhati-hati..... Tak ada yang mustahil k.

Aku harap dengan entry ni harap kita lebih alert. Please like dan sebar.


Read more: http://amry85.blogspot.com/2011/08/blogpot-penyebaran-agama-kristian.html#ixzz1UokeJKqB