Tetamu Diraja (:

review ekonomi : KEANJALAN

KEANJALAN

  1.  Keanjalan Titik - keanjalan titik digunakan untuk mengukur perubahan harga yang sangat kecil dan perubahan yang sangat kecil ini di pandang hanya sebagai satu titik di atas keluk permintaan
  2. Keanjalan Lengkuk - Keanjalan lengkuk untuk mengukur dua titik berasingan di atas keluk permintaan @ untuk satu perubahan harga yang besar,


DARJAH KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

A) Anjal (Ed > 1)
  • % perubahan kuantiti > % perubahan harga
  • keluk permintaan adalah landai
  • Apabila harga berubah sebanyak 1%, maka kuantiti diminta berubah lebih daripada 1%.
B) Tidak Anjal (Ed < 1)
  • % perubahan kuantiti < % perubahan harga
  • Keluk permintaan adalam curam
  • Apabila harga berubah sebanyak 1%, maka kuantiti diminta berubah kurang daripada 1%.
  • Untuk barang keperluan biasa
C) Anjal Satu (Ed = 1)
  • % perubahan kuantiti = %perubahan harga
  • Keluk permintaan berbentuk hiperbola iaitu melengkung ke titik asalan.
  • Apabila harga berubah sebanyak 1% maka, kuantiti diminta akan berubah pada kadar yang sama.
  • Untuk barangan biasa
D) Anjal Sempurna
  • Perubahan harga lebih daripada yang ditetapkan menyebabkan tiada kuantiti diminta.
  • Keluk permintaan bergaris lurus selari dengan paksi mendatar.
  • Sebarang perubahan harga menyebabkan tidak menjejaskan kuantiti diminta.
  • untuk Barang Mewah
C) Tidak Anjal Sempurna (Ed = 0)
  • Kuantiti diminta tidak berubah walaupun harga berubah.
  • keluk permintaan merupakan garis menegak selari dengan paksi harga.
  • Apabila harga berubah 1% , maka kuantiti diminta akan berubah sebanyak 0%.