Assalamualaikum buat
para pembaca sekalian, ^_^
saya mohon maaf
kerana telah sekian lama saya tidak menaip diruangan ini. Sampai dah bersawang
blog ini.hehee. hermm..sekarang saya dah tamat belajar di tingkatan 6.jadi harapan
semua orang mestilah berharap untuk dapat menyambung pelajaran ke peringkat
Ijazah .begitulah diri saya... saya amat berharap saya dapat diterima masuk ke universiti untuk
menyambung study saya. Sebenarnya saya
sedih dan terkilan dengan diri saya. Kenapa saya selalu sahaja lemah dalam
menangani sesuatu perkara dan masalah. Saya cuba untuk menjadi kuat. Saya cuba untuk terus
bersemangat menghadapi liku-liku kehidupan yang mendatang. Tetapi perasaan
takut dan gentar selalu menyelubungi diri saya.Andai saya tidak dapat menyambung
pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi... saya tak tau apa yang akan
terjadi dimasa akan datang. Saya amat takut ! Hanya iringan Doa kepada Allah sahaja yang
mampu menjadi benteng dan kekuatan dalam diri saya sekarang. Saya insan Lemah. Liku-liku
hidup didunia membuatkan diri ini begitu tercabar.mampukah saya hadapi detik2 yang mendatang? Semoga Allah kuatkan
hati dan semangat saya. Matlamat saya
adalah ingin berjaya dalam hidup, dan saya mampu membina empayar sendiri,
berdiri dibawah kaki sendiri dan tidak hanya mampu meminta-minta pada individu
lain. (‘: dan yang paling penting ! saya
ingin sekali melihat senyuman yang terukir mekar di wajah tua Ayah dan ibu,
melihat kejayaanku... melihat kemenanganku...
Oh..ya..sebelum saya
lupa, ketika ini saya sedang berada di kampung pasir ulu slim, daerah slim river.
Tujuan saya kesini untuk menemani kakak
saya yang tinggal keseorangan di sini. Jadi, untuk membiasakan keadaan dan
menghilangkan rasa takut dalam dirinya, saya membuat keputusan untuk menetap
dengan kakak saya seketika.supaya dia berasa lebih selesa dan berani.
Kedatangan saya kesini haya untuk seminggu sahaja. Minggu depan kakak saya mula
dengan kehidupan bujangnya.hehee.kakak saya mendapat tugas sebagai jururawat
disini, jadi dia perlulah berkhidmat untuk penduduk disini. Lagipun, saya lihat
disini , jururawat amat diperlukan, buat masa ini hanya 2 orang jururawat
sahaja yang bekerja di klinik desa kampung pasir, ulu slim ini.
Kebanyakan kawasan
disini berbukit bukau, jadi bantuan yang diberikan kepada pesakit amat terhad.
Adakala jururawat terpaksa masuk ke hutan ,kawasan pergunungan dimana tempat
orang asli menetap untuk memberikan bantuan, begitu payah dan peritnya menjadi
jururawat dikawasan yang sebegini. Adakalanya jururawat terpaksa standby jika
berlaku kecemasan tidak kira masa. Begitulah pengorbanan seorang jururawat
kepada masyarakat. Hermm...menjadi orang baru ,dikampung yang baru,susana yang
baru dan sahabat yang baru.. (: begitu menyeronokkan, udara disini amat nyaman dan saya mendapat
ketenangan disini. Setiap hari saya dapat melihat gunung-ganang yang tersegam
indah dihadapan dan belakang rumah.. sungguh besar kuasa Allah. Gunung-gunung
yang tegak berdiri, tersegam indah dikala mentari mula muncul dari penjuru
bukit,, membuatkan hati ini syahdu sekali. Subahanallah !. Pengalaman disini
sangat bermakna buat saya. Tiap kali pergi dan balik menghantar kakak saya
ketempat kerja, seperti berjalan diatas
awan yang tinggi. Kerana kiri dan kanan dihimpit gunung-ganang yang indah
tercipta. Awan-awan terapung disekeliling bukit membuatkan diri ini bagai
dialam kayangan..hehee..wahh.. dah macam puisi pulak. (: . Sebenarnya saya
memang suka dengan keindahan Alam. Kalau nampak sesuatu tempat tu cantik sikit,
tangan ini mesti nak ambik gambar, saya suka menghayati keindahan alam, kerana
disitu terletak kedamaian dan ketenangan yang tak dapat digambarkan dengan hati
dan perasaan... kita dapat rasainya apabila tubuh dan jasad kita berada disitu.hermm..hari
ini last day saya menetap di kampung ini.. mesti saya akan rindukan keindahan
alam disini, sahabat2 baru,nenek2 yang amat peramah dan tak lupa sahabat cilik
saya. Yang berumur 4 tahun. Namanya harith. Mesti saya akan rindukannya. Hari
ini sebelum saya pulang ke rumah. Saya sempat bermain dengannya. Pada mulanya,
dia malu2 berjumapa dengan saya. Tapi setelah beberapa minit bermain dengannya,
dia begitu teruja berkawan dengan saya,sampai menarik-narik tangan saya untuk
mengajak saya balik kerumahnya ,hahaha.comel
sangat dia.. amat menyeronokkan bila
melayani teletah kanak2.mereka sangat Comel . ^_^ .
Sekian sahaja coretan
saya pada hari ini, salah silap dalam penulisan ini ,saya amat memohon maaf. Saya hanya ingin meluahkan apa yang
saya rasa dan berkongsi pengalaman ini bersama
anda para pembaca yang saya sayangi..
^^ Wasalam.. ✦◕‿◕♥♥♥