Mengenaliku, mencintaiku dan mengasihiku tidak akan membawa apa-apa manfaat kepadamu, kerana di suatu masa aku pasti akn pergi dan ini akan membuatkan mu kecewa dan bersedih. Tetapi mengenali, mencintai dan mengasihi Allah S.W.T pasti akan memberi manfaat besar kepadamu, kerana Allah S.W.T tidak akan pergi darimu, dan Dia tidak akan sekali-kali membuatmu kecewa dan bersedih.