Tetamu Diraja (:

CORETAN DARI HATI LIYA


Assalamualikum kepada semua pembaca. sudah terlalu lama liya tak menulis..rindunye,,
liya memohon maaf kerana liya terlalu sibuk dengan imtihan , Alhamdulillah sekarang liya dah selesai imtihan, so now i have many time to update my blog lah,, :) hope semua  dapat memberi tunjuk ajar kepada liya,

disepanjang kesepian ini, terlalu banyak pengalaman yang liya lalui,
sebenarnya, kita hidup di dunia ini adalah untuk mencapai matlamat hidup,
kepercayaan yang dipegang oleh kita membawa kita dalam mencapai matlamat hidup,
seperti agama islam, kita sebagai umat islam perlu mencapi matlamat hidup kita berlandaskan Al-quran dan sunnah Rasullullah s.a.w

dalam mencari pengertian hidup didunia ini,
liya belajar bayak benda, apakah erti pengorbanan, kasih sayang,kekuatan,persahabatan,kejujuran,percintaan dan belas kasihan. semua sifat-sifat ini perlu ada pada jiwa kita,tanpa ia hilanglah kemanusiaan pada diri.
pengorbanan mengajar liya erti untuk sentiasa bersyukur dan memberi kekuatan dalam menghadapi apa jua rintangan, hidup ini perlukan pengorbanan supaya diri kita dan insan lain mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t  . pengorbanan jiwa, masa,tenaga,dan harta satu bentuk pengorbanan yang harus kita lakukan dalam mencapai keberkatan dan keredhaan Allah.Usahlah kita memandang pengorbanan itu sebagai satu perkara yang remeh, kerana pengorbananlah yang mengajar kita erti kekuatan dan menguji kesabaran hati.insya Allah setiap hamba Allah yang bersabar akan sentiasa mendapat pertunjuk dan kesenangan dalam menghadapi pelbagai ujian di dunia ini,

Persahabatan pula,mengajar liya erti keikhlasan dan kejujuran dalam ikatan ukhwah yang terbina, kita perlu bijak dalam memilih sahabat, jika tersalah pilih,diri kita juga akan merana. jadi bersahabatlah dengan orang-orang yang soleh dan solehah,supaya diri kita tidak terjerumus kelembah maksiat.sentiasa mengingatkan diri kita bahawa keikhlasan dalam persahabatan membawa kepada satu ikatan ukhuwah yang kuat dan sukar untuk dipisahkan.inagtlah sahabat,bahawa apabila kita memilih sahabat yang beriman, dia akan membawa kita kejalan menuju Allah !

Percintaan, setiap insan dikurniakan perasaan cinta di dalam hati mereka,Cinta kepada Allah,Cinta kepada Rasulullah, Cinta kepada Ibubapa, Cinta Kepada keluarga, Cinta kepada sahabat,Cinta kepada diri sendiri dan Cinta kepada kekasih. begitulah dengan liya,liya juga mempunyai perasaan cinta, apabila umur telah meningkat dewasa, bermulalah kembara dalam mencari cinta yang akan membawa kepada teman hidup sepanjang hayat.umur liya sekarang telah menjangkau kepada 20 tahun.tidak kisahlah jika ada di antara mereka-mereka yang berada diantara umur macam liya telah pun berkahwin.orang cakap kawin muda la katakan. tidak mengapa, kerana jika kita lihat pejuang-pejuang islam di zaman rasulullah juga dahulu berkahwin diwaktu usia mereka masih muda. berkahwin muda ini amat baik,kerana ia dapat mengelakkan kita daripada melakukan maksiat kepada Allah.Jadi bagi sesiapa yang berniat untuk berkahwin di usia muda, mereka perlu persiapkan diri dengan kekutan mental dan fizikal serta ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk di ajar kepada anak-anak mereka yang bakal lahir kelak.supaya keluarga yang bakal terbina kelak adalah keluarga yang sakinah ,mawardah dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.


sepanjang waktu cuti sebelum liya mendapat keputusan peperiksaan STPM,
liya duduk di rumah sahaja, adakalanya liya berasa rimas dan sunyi kerana tidak dapat keluar berjalan seperti kawan-kawan liya yang lain. ada yang merantau ke kuala lumpur, klang, kedah,pulau pinang dan merata lagi.
liya pulak hanya duduk di rumah,kadang-kadang berasa bosan pon ade, liya ade mintak kebenaran daripada ibu liya untuk pergi ke Johor Bahru, rumah abang liya ada disana. tetapi ibu liya tidak membenarkan liya pergi,  pada mulanya liya melawan untuk pergi jugak.dek kerana hasutan syaitan yang menyuruh liya melawan cakap ibu liya. tetapi Alhamdulillah, hasutan syaitan itu tidak berjaya, Liya akur dengan keputusan ibu.
adakalanya liya terlihat wajah keletihan dan tidak berdaya yang ditanggung ibu. Liya sedih.kenapa liya sering melawan cakap ibu liya. ibu...liya akan sentiasa berada disisi ibu disaat ibu memerlukan liya, nanti kalau ibu sakit, tak ada sapa jaga ibu, tak ada sapa membantu ibu membuat kerja rumah.  aku terlihat wajah sedih ibu apabila aku mengambil keputusan untuk ke johor, liya mengambil keputusan untuk terus menjaga ibu sehingga tawaran masuk ke universiti liya terima. Liya tak akan meninggalkan ibu.liya sayang ibu.liya berasa kasihan melihat ibu kesorangan tanpa sokongan.Liya selalu sakitkan hati ibu.liya minta maaf ibu. Ibu..dari situ Liya telah kenal erti belas kasihan dan kasih sayang..andai kita mengasihi dan mencintai seseorang itu, janganlah kita biarkan dia terkapai-kapai didalam kesusahan, bantulah dia semampu mana yang kita boleh, ingatlah cinta mengajar kita erti pengorbanan. Cinta kepada ibubapa mendapat Keredhaan daripada Allah,,kerdhaan ibubapa adalah keredhaan daripada Allah jua.


Alhamdulillah, liya berasa puas kerana dapat meluahkan segala-galanya yang terpendam dihati liya. Liya harap sahabat-sahabat lain dapat menjadi insan yang terbaik di dunia dan di akhirat. semoga ikatan ukhuwah kita berpanjangan selamanya. Amin. =)