Tetamu Diraja (:

RAHIMAH ISTERI NABI AYYUB A.S





Assalamualikum warahmatullahhiwabarakatu,,

Saya begitu tertarik untuk menceritakan kisah isteri Nabi Ayyub a.s yang memiliki jiwa dan semangat yang kental. Sifat sebegini seharusnya diikuti oleh wanita-wanita zaman kini, supaya kita sama-sama dapat menjadi sorang wanita yang solehah dan dikasihi Allah s.w.t.
Rahimah,iaitu seorang wanita teladan yang sangat taat kepada suaminya iaitu Nabi Ayyub a.s. Dia sangat sabar walaupun ketika itu Nabi Ayyub a.s tidak mempunyai harta kekayaan,keturunan, dan teman.

Rahimah begitu sabar dalam menjalani kehidupannya yang penuh kepahitan,dengan penuh keikhlasan rahimah menjaga Nabi Ayyub a.s dengan penuh rasa hormat sebagai isteri, Rahimah dan Nabi Ayyub tidak putus-putus memanjatkan rasa syukur dan pujian kepada Allah atas musibah yang menimpa mereka.

suatu hari muncul seekor iblis yang menyerupai dirinya sebagai seorang lelaki lalu menghampiri Rahimah, "Dimanakah suamimu,wahai hamba Allah?" bertanya iblis. "itulah dia yang sedang sakit iru," jawap Rahimah.
mendengar jawapan itu, iblis semakin bersemangat menggoda Rahimah. Iblis kemudian mengingatkannya kembali bahawa dahulu mereka pernah merasakan kekayaan.kepada rahimah,dia mengigatkan kembali bahawa dahulu ya  Nabi Ayyub a.s  merupakan seorang pemuda yang sangat tampan dan gagah. Tetapi kini tidak lagi. Iblis terus menggoda Rahimah. 

sehinggalah pada suatu ketika Rahimah tidak tahan lagi dengan godaan-godaan Iblis, dia meluahkan ketidakpuasannya kepada Nabi Ayyub a.s. ketika itu Iblis telah meyuruh Rahimah menyembelih seekor kambing dengan berniatkan atas nama Iblis, kerana perkara itu boleh membuatkan Nabi Ayyub sembuh kembali.

Nabi Ayyub a.s mengetahui perkara tersebut, lalu Nabi Ayyub sangat marah kepada Rahimah kerana dia tidak sabar  dalam menghadapi musibah yang diberikan oleh Allah berbanding dengan kehidupan mereka yang mewah dahulu. Jadi, daripada situlah Nabi Ayyub Telah berjanji kepada Allah bahawa jika Allah  menyembuhkan penyakitnya, Nabi Ayyub a.s akan memukul Rahimah 100x..kerana Rahimah menyembelih kambing berkenaan dengan  menggunakan nama selain daripada nama Allah.Nabi Ayyub menghalau isterinya daripada rumah.

setelah Rahimah diusir, Nabi Ayyub tidak memiliki makanan, minuman, bahkan teman, Nabi Ayyub a.s sujud lalu memohon kepada Allah :


" Tuhanku, sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit,"
                                                           (Al-Anbiyaa',83)

Nabi Ayyub berserah kepada Allah s.w.t atas semua masalah yang menimpa dirinya, lalu Nabi Ayyub berkata lagi :

"..................dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pengasih di antara semua penyayang."
                                                                                                              (Al-Anbiyaa',83)


kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayyub a.s supaya menghentakkan kakinya.kemudian Nabi Ayyub pun melaksanakan wahyu tersebut, lalu terpancar air keluar,Nabi Ayyub a.s menggunakan air itu untuk membersihkan badannya. Dengan kekuasaan Allah s.w.t , setelah Nabi Ayyub selesai mandi, hilanglah segala penyakit yang di deritainya dahulu...bahkan Nabi Ayyub a.s kelihatan lebih tampan daripada masa mudanya,

Allah telah memberikan kepada Nabi Ayyub a.s nikmat yang dahulunya hilang, Bahkan nikmat yang diterima oleh Nabi Ayyub berlipat kali ganda.

berbalik kepada isteri Nabi Ayyub a.s iaitu Rahimah, setelah Nabi Ayyub a.s mengusirnya keluar dari rumah, dia lantas berkata "Ya Allah ,suamiku telah mengusirku.maka kepada siapa lagi yang akan membantu menyiapkan makanannya? Apakah akan kau biarkan dia mati kelaparan dan kehausan? Demi allah . aku akan kembali kepadanya."

Rahimah pun kembali semula kepada Nabi Ayyub a.s , namun tempat tinggal Nabi Ayyub telah berubah sama sekali.Rahimah mengelilingi kawasan itu,sambil diperhatikan Nabi Ayyub dari jauh.Lalu Nabi Ayyub a.s memanggil Isterinya.

"Apakah yang engkau inginkan,wahai hanba Allah? tanya Nabi Ayyub a.s.
"Aku mencari seseorang yang terkena penyakit.Dulu dia tinggal disini.namun kini aku tidak tahu apakah dia sudah hilang atau sesuatu terjadi kepadanya." Rahimah menjawap dengan berselindung daripada tangisan hatinya yang sebak.

Pada mulanya Nabi Ayyub a.s buat-buat tak tau, namun sejuru selepas itu melihat keikhlasan Rahimah mencarinya, dia memperkenalkan dirinya. Rahimah dengan lantas memeluk suaminya dengan erat sekali.
setelah sembuh Nabi Ayyub a.s  ingin melaksanakan sumpahannya iaitu memukul Rahimah sebanyak 100x.
Namun, Allah hanya memerintahkan Nabi Ayyub a.s  utk memukulnya dengan seratus batang rabting pokok yang diikatmenjadi satu. ketika kejadian itu Rahimah bekerja untuk menyara keluarga. sehingga Rahimah sanggup menjual penyemat rambutnya hanya untuk menyara keluarga.Nabi Ayyub a.s amat terharu dan berterima kasih diatas pengorbanan Rahimah.

Begitulah kisah disebalik kehidupan Nabi Ayyub a.s dan isterinya Rahimah, seorang isteri yang sanggup melakukan apa sahaja untuk suaminya. Nabi Ayyub seorang suami yang sabar dalam menghadapi pelbagi kesulitan dan mereka tidak pernah lupa untuk bersyukur dan memuji Allah dikala senang mahupun Susah.
semoga masih ada lagi insan-insan yang bersabar dikala Allah memberikan ujian yang besar kepadanya, kita perlu sentiasa redha dan bertawakal kepada Allah s.w.t.  Ingatlah bahawa masih ada ramai lagi insan yang ditimpa kesulitan  yang lebih hebat daripada kita,dan kita seharusnya bersyukur kepada Allah.Semoga kesabaran kita mendapat ganjaran di Akhirat sana...
InsyaAllah.. ^_^